Peserta bersedia untuk memulakan pertandingan Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017. Foto Harish Fadzillah Kassin
Cabaran Kapal Layar GP Monsun Terengganu 2017 dikuasai tuan rumah, Terengganu apabila muncul pasukan terbaik keseluruhan dalam kejohanan yang berakhir petang semalam, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.
Kejayaan itu membolehkan pasukan negeri membawa pulang wang RM3,000 berserta piala pusingan serta piala iringan.
Atlet tuan rumah berbakat besar, Asmawi Azman dinobatkan sebagai pelayar terbaik melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala pusingan dan piala iringan.
Anak jati Pulau Duyong itu turut meraih johan kategori Laser Radial Open.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri yang juga Presiden Persatuan Luncur Layar Terengganu (TWSA), A. Latiff Awang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin; Pengarah
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ir. Dr. Ahmad Jusoh.
Sementara pelayar dari Thailand, Panwa Boonnak menguasai kategori Optimis Overall manakala pelayar Kedah, Muhammad Fauzi Kaman Shah (Laser 4.7 Overall) dan
Muhammad Danial Shahidan dari Perak (Laser Standard).
Kejohanan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama MSNT, Jabatan Pelancongan negeri dan TWSA selama empat hari dengan tawaran hadiah keseluruhan lebih RM60,000 kepada pemenang turut menyaksikan penyertaan pasukan Thailand serta Singapura. - teganukite.net
|
Monday, 27 November 2017
Related Posts:
Ahmad Razif Yakin Keupayaan TMJ Terajui FAM Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yakin dengan kemampuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu. Presidennya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd… Read More
Tinju Sirkit Remaja Di Mydin Mall Gong Badak Terengganu dipilih untuk menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Siri 1/2017 yang akan berlangsung selama lima hari, bermula 27 Mac ini bertempat di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus. Kira-kira 150 peni… Read More
Kejohanan Motosikal Lasak FIM Bakal Dijadikan Acara Dwitahunan Rozi (dua kiri) bersama pemenang kategori Asian MX2/125 kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan nege… Read More
MDB Anjur Liga Penalti Rakyat Terbuka Besut 29 April Ini Majlis Daerah Besut (MDB) bakal menganjurkan Liga Penalti Rakyat Terbuka Besut di Sekolah Menengah (SMK) Tengku Mahmud 2, Besut pada 29 April ini. Yang Dipertua MDB, Ab Rasid Jusoh berkat, penyertaan bagi li… Read More
Terengganu Bersedia Jadi Tuan Rumah Terbaik Ekuestrian Sempena Sukan SEA 2017 Kerajaan negeri bersedia menjadi penganjur terbaik bagi sukan berkuda sempena Sukan SEA 2017 (Kuala Lumpur 2017) tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat b… Read More