Memastikan panggilan pelanggan disambungkan kepada pegawai / kakitangan yang betul dan sesuai dengan perkhidmatan yang dipohon.
Memastikan maklumat yang dibekalkan adalah tepat, lengkap dan terkini mengenai organisasi Kerajaan kepada Terengganu Contact Centre (TeCC) supaya pelaksanaan tugas oleh Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan.
Memastikan Terengganu Contact Centre (TeCC) menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri Terengganu supaya setiap aduan yang memerlukan perhatian dari agensi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat.
Memastikan hubungan awam dan jumlah panggilan di seluruh agensi dapat ditingkatkan dengan penambahan jumlah kakitangan Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) yang dikehendaki untuk menjawab panggilan.
Memastikan tindakan krisis dan kecemasan seperti pencemaran air, gangguan bekalan elektrik, banjir, tanah runtuh dan sebagainya dapat diurus tadbir dengan sempurna.
Tarikh kemaskini : 13 November 2016