YAB Dato’ Seri Hj Ahmad Razif Bin Abd Rahman telah memperkenalkan konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dalam memimpin negeri Terengganu. Pelaksanaan konsep ini mengambil kira aspek yang merangkumi tiga bidang utama dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu Transformasi Ekonomi, Transformasi Kerajaan dan Tranformasi Politik selain lapan prinsip asas tiga bidang berkenaan iaitu:-
1. Inklusif, Suara Rakyat Suara Keramat
Meraikan suara rakyat sebagai input dalam membangunkan negeri. Mendengar dan memahami permasalahan rakyat serta membangunkan negeri mengikut acuan yang diperlukan rakyat bukannya kehendak pemimpin.
2. Masjid dan Surau Sebagai Sumber Penyatuan
Memperluaskan lagi fungsi masjid sebagai sumber penyatuan masyarakat dan mengangkat institusi masjid sebagai tempat sarana pembinaan ummah.
3. Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera
Menggalakkan usaha menyubur pembinaan keluarga yang bahagia sebagai asas kesejahteraan rakyat. Institusi kekeluargaan adalah unit terpenting dalam pembinaan setiap masyarakat.
4. Integriti, Bersih Dalaman Dan Luaran
Kebersihan dan persekitaran luaran melambangkan budaya rakyat Terengganu. Kebersihan dalaman pula bermaksud bersih dari sebarang bentuk gejala seperti rasuah, penyelewengan dan ketirisan.
5. Mesra Tapi Tegas
Senyuman dan tegur sapa memecah tembok persepsi yang menghalang hubungan baik sesama manusia. Ia perlu lebih banyak senyum dan bertegur sapa.
6. Disiplin Kerja Yang Tinggi
Disiplin sangat penting untuk pertumbuhan organisasi dan menekankan soal konsisten atau kegigihan dan istiqamah. Keperibadian dalam komunikasi dapat meningkatkan imej dan keyakinan kita serta kebolehpercayaan orang lain kepada kita. Disiplin kerja yang tinggi merupakan salah satu penanda aras mengukur pencapaian prestasi dan produktiviti kerja seseorang.
7. Seruan Perpaduan
Fokus kepada usaha memperkukuhkan perpaduan serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negeri dan negara. Rakyat perlu bersangka baik terhadap seruan berbaik-baik sesama kita dan pelbagai program serta usaha akan dilaksanakan bagi tujuan mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
8. Memperkasa Pendidikan
Antara inisiatif bagi memperkasa bidang pendidikan ialah:
- Program Mensasarkan Sifar Lepasan SPM ke Universiti.
- Penubuhan Sekolah Pondok Moden.
- Program Peningkatan Bahasa Inggeris dan Matematik pelajar Lepasan SPM.
- Penubuhan 3 buah Sekolah Menengah IMTIAZ baru di Marang, Setiu dan Kuala Nerus.
- Pengenalan Program IGCSE (International General Certificate for Secondary Education) bagi kemasukan pelajar terus ke Peringkat A Level.
- Islamic Scienctist Program iaitu penajaan 3 pelajar hafiz IMTIAZ SPM 2014 ke universiti luar negara dalam bidang Aerospace Engineering sehingga ke peringkat PhD.
- ATRA