Monday, 27 November 2017
Dua pelajar dari Pulau Perhentian, Besut kemungkinan tidak dapat meneruskan kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan esok, akibat terkandas di pulau berikutan cuaca buruk pada masa kini.
Pelajar terbabit, Siti Nur Atiqah Azman dan Nor Fadilah Mohd Zaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alur Lintang Besut pulang ke kampung di pulau itu sejak Khamis lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zainuddin Mohamad berkata, pelajar berkenaan pulang ke kampung untuk bersama keluarga sejak Khamis selepas selesai menduduki peperiksaan pada hari itu, bagaimanapun mereka perlu kembali ke sekolah bagi menduduki kertas terakhir subjek Ekonomi.
Katanya, pelajar terbabit terpaksa pulang ke pulau kerana tidak ada tempat tinggal dan sanak saudara yang menetap di darat.
Zainuddin berkata, usaha untuk menghantar dua pelajar terbabit ke daratan hari ini gagal kerana ombak besar sekali gus menyukarkan semua bot untuk keluar ke Kuala Besut.
"Jika melihat kepada keadaan cuaca sekarang kemungkinan dalam tempoh seminggu bot tidak dapat keluar dan masuk ke daratan," katanya.
Malah, katanya, berpuluh penduduk yang ada urusan penting di darat turut terkandas dan masih berada di jeti bagi menunggu cuaca baik untuk keluar ke bandar.
Zainuddin berharap, pihak terbabit dapat membantu membawa keluar nasib dua pelajar terbabit bagi meneruskan peperiksaan demi masa depan mereka. - teganukite.net
Related Posts:
Program MyBN NBOS 'Touch Point' Secara Langsung Kepada Penduduk Setempat Program My Beautiful Neighbourhood (MyBN)Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) Gotong Royong 2017 melibatkan 98 parlimen seluruh negara diyakini mampu memberi 'touch point' yang akan meninggalkan kesan secara langsung di k… Read More
Pesona Tasik Kenyir Dato' Muda (lima dari kanan) bersama sebahagian peserta lawatan kerja ke Tasik Kenyir, baru-baru ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengambil inisiatif menganjurkan lawat… Read More
30 Masjid Utama Diiktiraf Masjid Pelancongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) merekodkan 30 masjid utama di negara ini disenaraikan sebagai masjid pelancongan. Antara masjid berkenaan adalah Masjid Abidin dan Masjid Kristal di Kuala Terengg… Read More
Jentera Siber Sampaikan Perkara Positif Dibuat Kerajaan - Ahmad Maslan Peserta-peserta BTM Negeri Terengganu bergambar bersama Dato' Ahmad Maslan Biro Informasi dan Teknologi meminta semua Jentera Siber Barisan Nasional (BN)dan UMNO menyampaikan perkara positif yang dilaksanakan Kerajaan Pusa… Read More
555 Graduan Dirai Sempena Konvokesyen TATiUC Seramai 555 graduan Kolej Universiti Tati (TATiUC) menerima diploma dan ijazah masing-masing di Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor TATiUC, Kemaman, hari ini. Majlis yang diadakan bersama dengan Sambutan 10 tahun TATiUC &… Read More