Sunday, 26 March 2017

Rozi (dua kiri) bersama pemenang kategori Asian MX2/125 kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail

Kerajaan negeri berhasrat menganjurkan kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship dwitahunan berikutan mendapat sambutan baik di kalangan pelumba dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, langkah mengadakan dua tahun sekali itu perlu memandangkan penyertaan peminat motosikal lasak semakin meningkat selain aspek pengurusan juga bertambah baik.

“Ini terbukti apabila kejohanan yang dibuat sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan Bulan Sukan Terengganu kali ini juga menunjukkan sambutan baik malah lebih membanggakan prestasi dan semangat penunggang tempatan termasuk dari Terengganu dan Malaysia yang berjaya memberi saingan turut meningkat,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah KejohananFIM Asia Motocross Championship di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

Katanya, sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu kategori Asia MX2, MX 85 Junior, MX 85 Wanita dan MX Junior, manakala bagi kategori tempatan pula membabitkan MX Terbuka, MX125, Cubcross Terbuka dan Terbuka CKD.

Menurut Rozi, kejohanan tiga hari bermula sejak Khamis lalu berjaya menarik penyertaan 98 penunggang dari 11 negara termasuk India, Amerika Syarikat, Filipina, Malaysia, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan Nepal.


Sementara itu, pelumba dari Guam, Amerika Syarikat, Sean Lipanovich dinobatkan selaku juara kategori utama, MX2/125  selepas menewaskan 19 lagi peserta lain dalam kejohanan itu.

Naib juara menjadi milik pelumba dari negara jiran Thailand, Chaiyan Romphan selepas menewaskan pelumba negara Muhammad Habibullah Mohd Salleh di tempat ketiga.

Lipanovich membawa pulang hadiah wang tunai USD1,000 (RM4,000) bersama trofi  manakala Chaiyan Romphan menerima USD900 (RM3,600) dan Muhammad Habibullah USD800 (RM3,200). - teganukite.net

Related Posts:

  • Sultan Mizan Sertai Saingan 40km RTES-STC Endurance Ride Sultan Mizan turut beraksi bagi kategori 40km di kejohanan RTES-STC Endurance Ride 2018. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor Kejohanan RTES - STC Endurance Ride 2018  yang berakhir semalam meriah dengan penyertaan leb… Read More
  • Atlet Negara Juara Swimathon 2018 Perenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han muncul juara kategori laut terbuka. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim Perenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han,22, membuktikan dia juga berbisa d… Read More
  • Terengganu Mahu Rampas Juara SUKMA 2018 Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri (tengah berbaju hijau) bersama Wan Sukairi turun padang memberi sokongan bersama tetamu kenamaan lain bagi menyaksikan bola sepak akhir Liga Juara-Juara, Liverpool menentang Real Madrid dala… Read More
  • 200 Meriahkan Kabat Bukit Maras Para peserta merakamkan kenangan di puncak bukit. Seramai 200 peserta terdiri dari remaja, dewasa dan kanak-kanak memeriahkan program Kabat Bukit Maras yang diadakan di Kampung Maras, Tepoh, semalam. Kabat, sebuah i… Read More
  • RM3 Juta Bina Padang Sintetik Kemaman Penduduk di Kemaman khususnya golongan muda dapat memanfaatkan padang sintetik baharu yang pertama di Terengganu bernilai RM3 juta hasil cetusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Menteri Pertanian … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan