Monday, 27 November 2017


Usahawan Terengganu berjaya mengutip jualan hampir RM60,000 hasil jualan sepanjang lima hari pada Jelajah Beautiful Terengganu Sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) 2017 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka yang berakhir Sabtu lalu.

Daripada keseluruhan kutipan jualan berkenaan, semua usahawan di bawah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) itu berjaya menarik ramai pembeli menerusi kehalusan seni dan kualiti tekstil batik serta songket yang ditawarkan apabila produk berkenaan mengumpul jualan sehingga RM50,000.

Pada hari terakhir temasya itu, jualan batik dan songket sahaja merekod kutipan sehingga RM40,000

Pengusaha yang terlibat adalah Terengganu Kitchen, Fadhizan Songket, Ety Batek, Fatimah Keropok dan Syamzshida Batik And Songket Collection, selain kaunter informasi serta beberapa kaunter pelancongan seperti Kampung Cina, Setiu Wetland, Kenyir dan demonstrasi kraf anyaman.


Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program Jelajah Beautiful Terengganu (JBT) di Melaka merupakan penutup siri jelajah program promosi pelancongan negeri bagi tahun ini.

Katanya, program jelajah tersebut akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

"Program JBT di Melaka merupakan lokasi terakhir untuk tahun ini. Pada tahun hadapan kita akan bermula program jelajah VBT seawal Januari.

"Untuk tahun hadapan kita akan laksanakan program jelajah ini di Johor, Kuala Lumpur dan satu lokasi lagi mungkin di Perak sempena Sukma (Sukan Malaysia) 2018 selain satu lokasi di luar negara iaitu Singapura," katanya kepada Teganukita.

Dalam pada itu, pemilihan lokasi untuk program di Melaka, baru-baru ini adalah disebabkan lokasi yang strategik dan sering menerima kunjungan orang ramai selain daripada acara yang sedang berlangsung melibatkan isteri-isteri orang kenamaan serta kuasa beli yang tinggi.

"Kita ambil peluang di mana-mana ada tempat atau acara di lokasi yang bersesuaian untuk kita mempromosikan Terengganu.

"Jadi kita ambil kesempatan di MITC yang sentiasa menerima kunjungan pelancong-pelancong kerana di situ turut disediakan pelbagai acara sampingan. Pada masa yang sama ianya berjaya menarik kunjungan pelawat untuk mengikuti pelbagai segmen yang disediakan penganjur acara," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • TDM Rekod RM448.8 Juta Hasil Pendapatan 2017 Ahli-ahli lembaga pengarah bersama Wan Nawawi (dua dari kanan) menunjukkan buku laporan tahunan TDM Berhad .Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kumpulan TDM Berhad kembali mencatatkan perkembangan positif dengan merek… Read More
  • Penduduk Bandar Digalak Laksana Pertanian Bandar Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, … Read More
  • Cari Pahala Di Bazar Ramadan Hampir seminggu umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Bermakna, kira-kira seminggu juga para peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh daerah mencari rezeki menjual juadah berb… Read More
  • Suntikan RM28.9 Juta Untuk Usahawan Bumiputera Terengganu Nawi (tengah) bergambar kenangan bersama usahawan Terengganu pada majlis berkenaan. Kerajaan  memperuntukkan RM28.9 juta kepada usahawan Bumiputera negeri ini menerusi  Program Peningkatan PKS Bumiputera sejak 20… Read More
  • Durian Malaysia Capai Piawaian Antarabangsa Shabery meninjau Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman. Buah durian negara ini yang dieksport ke luar negara diperakui mencapai piawaian pemasaran antarabangsa yang ditetapkan dan bukannya durian pramatang.… Read More

Demi Masa

AHAD, 29 Jun 2018
7:32 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75856
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan