Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut memotong rambut seorang kanak-kanak sambil diperhatikan Menteri Besar sempena Karnival Jom Kembali Ke Sekolah DUN Seberang Takir di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Pusat hemodalisis baharu di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus dalam proses akhir penilaian oleh Kementerian Kesihatan sebelum dijadualkan beroperasi bermula Februari ini.
Kemudahan kesihatan bernilai RM1.4 juta itu kini dalam kerja-kerja akhir penilaian bagi memastikannya bebas dari kulat sebelum dibuka kepada orang ramai. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Kementerian Kesihatan perlu melaksanakan pemeriksaan secara rapi dan mengeluarkan kelulusan untuk memastikan pusat perubatan yang dilengkapi kemudahan 24 mesin dialisis itu benar-benar selamat.
"Pusat hemodialisis ini yang pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan secara berasingan kepada pesakit tertentu seperti kes HIV dan Hepatitis B menyebabkan kelulusan lebih terperinci dan memakan masa sebelum dibenar beroperasi.
"Operasi pusat ini adalah kerjasama antara Pusat Rehabilitasi dan Kementerian Kesihatan dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kesihatan Negeri," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jom Kembali Ke Sekolah DUN Seberang Takir Kuala Nerus, hari ini. Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, karnival yang dianjurkan Pejabat DUN Seberang Takir bersama Pemuda dan Puteri UMNO DUN itu disertai lebih 3,000 masyarakat sekitar dari golongan B40. "Puteri dan Pemuda UMNO bersama Ketua-ketua UMNO cawangan turut membantu mengagihkan pelbagai kelengkapan persekolahan seperti pakaian, beg, buku, kasut, gunting rambut dan sampul buku secara percuma kepada penduduk khususnya pelajar,"katanya. Tambahnya, segala peralatan bukan sahaja bantuan yang disediakan kerajaan negeri, malah sumbangan pelbagai badan korporat seperti Plus Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Tabung Haji bagi meringankan beban penduduk dan memastikan sesi persekolahan berjalan lancar.
Katanya, seramai 33 tukang gunting kebanyakannya dari kalangan generasi Y turut turun padang menggunting rambut 700 pelajar lelaki yang bakal memasuki persekolahan Isnin ini. - teganukite.net
|
Monday, 1 January 2018
Related Posts:
Permohonan Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia 2018 Kini Dibuka kini membuka permohonan Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia (KP1M) Tahun 2018 yang berjumlah sehingga RM10,000 kepada persatuan penduduk yang berdaftar. Pengarah JPPMNT, Mohd Mufsi Lat berkata, program itu bertujuan memasti… Read More
Universiti Seniman Agung P. Ramlee Di Taman Ilmu Nama lagenda Seniman Agung P. Ramlee akan diabadikan pada universiti yang bakal beroperasi di Taman Ilmu, Tembila, Jertih, bagi melahirkan pelajar dalam jurusan seni dan budaya. Penubuhan universiti itu dicadangk… Read More
SKMM Bekerjasama Perpustakaan Negara Kaji Media Cetak Digital Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia(SKMM) dengan kerjasama Perpustakaan Negara akan melaksanakan kajian mengenai masa depan media cetak dalam bentuk digital.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia,Dato' Seri Jailani J… Read More
Projek Aquapolitan Di Seberang Takir, Siap Pada 2020 Ahmad Razif meninjau perkembangan projek perumahan nelayan di Kg Lembah Harapan. Foto Harish Fadzillah Kassim Keseluruhan projek perintis Aquapolitan di Kampung Seberang Pok Abu, Seberang Takir yang bakal dilengka… Read More
SKMM Naik Taraf Internet Di 8,245 PDM Menjelang PRU14 Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menaik taraf jaringan internet di semua Pusat Daerah Mengundi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Timbalan Menterinya, Dato' Seri Jaila… Read More