Monday, 27 March 2017


Majlis Daerah Besut (MDB) bakal menganjurkan Liga Penalti Rakyat Terbuka Besut di Sekolah Menengah (SMK) Tengku Mahmud 2, Besut pada 29 April ini.

Yang Dipertua MDB, Ab Rasid Jusoh berkat,  penyertaan bagi liga tersebut adalah terhad dan diberikan keutamaan kepada pasukan yang berdaftar lebih awal.

“Untuk liga ini, kita hanya membuka penyertaan kepada 256 pasukan sahaja dan sehingga hari ini lebih 100 pasukan telahpun menghantar permohonan untuk menyertainya dengan bayaran sebanyak RM100 bagi setiap pasukan.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 April ini dan undian turut akan diadakan pada hari tersebut di SMK Tengku Mahmud 2 pada jam 4.00 petang,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Ab Rasid berkata, Johan bagi liga tersebut bakal membawa pulang RM5,000 diikuti naib johan (RM2,000), ketiga dan keempat (RM1,000) dan kelima hingga kelapan (RM500).

Katana, liga tersebut diadakan bagi menggalakkan rakyat untuk bersukan selain memupuk semangat perpaduan dan kerjasama di antara penduduk setempat. - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Mara, T-Team Tewas Tandukan Lutfulla Turaev yang melayakkan Terengganu ke pusingan suku akhir Piala FA. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Terengganu FA mengesahkan tiket ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya menundukkan T-Team 1-0 … Read More
  • Ukom Juara Kejohanan Futsal Epic Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) muncul sebagai juara Kejohanan Futsal Jemputan EPIC 2017 yang berlangsung di Sports Planet Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Dalam kejohanan julung kali anjuran anak syarikat keraja… Read More
  • Terengganu Kekal Juara Judo Lima Kali Berturut-Turut Terengganu mencatat sejarah apabila pasukan judo negeri berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kelima berturut-turut pada Kejohanan Judo Kebangsaan kali ke-55, di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Gong Badak, K… Read More
  • Malaysia Tundukkan China 2-1 Zaharim meraikan jaringan pembukaan olehnya seawal minit ke-2. Malaysia tewaskan China 2-1 dalam perlawanannya yang terakhir bagi peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC yang berlangsung di Pantai Batu Buruk,… Read More
  • Ukom, Kawat Wakil Media Kejohanan Futsal EPIC Ukom (jersi putih) akan turut berentap dalam Kejohanan Futsal Jemputan Piala EPIC di Sports Planet Gong Badak, esok. Dua pasukan di kalangan pengamal media bakal bersaing dengan 22 pasukan lain dalam Kejohanan Futsal Jem… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
12:21 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan