Tuesday, 28 March 2017


Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yakin dengan kemampuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu. 

Presidennya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, berdasarkan rekod kejayaan yang diperolehi sebelum ini sebagai pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT), membuktikan baginda layak berada di kedudukan baru itu.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, TMJ pastinya mempunyai formula tersendiri untuk menyuntik dan membawa pasukan Harimau Malaysia kembali ke zaman kegemilangannya sebagaimana yang pernah diraih sebelum ini.

"Dengan kepimpinan baharu yang diterajui oleh TMJ ini ianya akan memberi suntikan baru kepada pasukan bola sepak Malaysia.

"Ianya juga sekali gus dapat mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia di arena antarabangsa," katanya yang turut mengucapkan tahniah dengan kemenangan TMJ tanpa bertanding dalam pemilihan jawatan nombor satu badan induk bola sepak negara yang baharu itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Hi-Tea Bersama Pasukan Terengganu FA Sempena Menghadapi Suku Akhir Piala FA di Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Ahmad Razif berkata, bekas pemain kebangsaan itu kini masih berada dalam skuad Terengganu.

Katanya, Sharbinee diberikan rehat selama enam bulan untuk menjalani rawatan dan pihak PBSNT tiada masalah mengenai perkara tersebut.

"Sharbinee akan terus dibayar gaji seperti biasa dan akan diberi rehat sepenuhnya sehingga keadaannya mengizinkan.

"Saya dimaklumkan rawatan yang dilakukan terhadap beliau ada menunjukkan peningkatan dan pihak doktor memberi jaminan dalam masa enam bulan Sharbinee akan sembuh penyakitnya sekali gus boleh bermain seperti biasa," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Mahu Rampas Juara SUKMA 2018 Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri (tengah berbaju hijau) bersama Wan Sukairi turun padang memberi sokongan bersama tetamu kenamaan lain bagi menyaksikan bola sepak akhir Liga Juara-Juara, Liverpool menentang Real Madrid dala… Read More
  • RM3 Juta Bina Padang Sintetik Kemaman Penduduk di Kemaman khususnya golongan muda dapat memanfaatkan padang sintetik baharu yang pertama di Terengganu bernilai RM3 juta hasil cetusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Menteri Pertanian … Read More
  • Sultan Mizan Sertai Saingan 40km RTES-STC Endurance Ride Sultan Mizan turut beraksi bagi kategori 40km di kejohanan RTES-STC Endurance Ride 2018. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor Kejohanan RTES - STC Endurance Ride 2018  yang berakhir semalam meriah dengan penyertaan leb… Read More
  • 200 Meriahkan Kabat Bukit Maras Para peserta merakamkan kenangan di puncak bukit. Seramai 200 peserta terdiri dari remaja, dewasa dan kanak-kanak memeriahkan program Kabat Bukit Maras yang diadakan di Kampung Maras, Tepoh, semalam. Kabat, sebuah i… Read More
  • Atlet Negara Juara Swimathon 2018 Perenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han muncul juara kategori laut terbuka. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim Perenang kuak lentang 50 meter negara, Tern Jian Han,22, membuktikan dia juga berbisa d… Read More

Demi Masa

ISNIN, 23 Jun 2018
7:40 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75778
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan