Sunday, 26 March 2017
Kerajaan negeri bersedia menjadi penganjur terbaik bagi sukan berkuda sempena Sukan SEA 2017 (Kuala Lumpur 2017) tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, satu jawatankuasa pengelola peringkat negeri ditubuhkan dan dipengerusikan oleh beliau serta Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman selaku penasihat, bagi melicinkan pelaksanaan temasya sukan itu.
"Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi temasya sukan ini termasuklah perbincangan dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan. Kita telah bersedia sepenuhnya dari segi infrastruktur dan logistik.
"Buat masa sekarang kita berada di tahap untuk menguji trek perlumbaan. Pada 7 dan 8 April ini juga akan dilangsungkan Piala Raja Muda sekali gus sebagai ujian sama ada kita telah bersedia atau tidak," katanya.
Beliau ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Liga Bola Sepak dan Liga Bola Jaring Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Hulu Terengganu, malam tadi.
Rozi berkata, sukarelawan yang terlibat untuk membantu perjalanan sukan ini telah pun dipilih dan sebahagiannya terdiri daripada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
"80 orang sukarelawan ini akan mengikuti latihan dan simulasi bagi jangka masa pendek untuk mempersiapkan diri mereka di temasya sukan itu nanti.
"Kita sudah uji mereka baru- baru ini dalam kejohanan antarabangsa iaitu Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC untuk mereka lebih terdedah secara praktikal terhadap perkara yang perlu dilakukan ketika Sukan SEA kelak dan saya nampak ianya berjaya,"katanya lagi.
Beliau juga menjangkakan tiada banyak masalah akan timbul kerana negeri Terengganu berpengalaman mengadakan kejohanan sukan berkuda di peringkat antarabangsa.
"Insya-Allah, ia akan berjalan lancar seperti yang telah kita tetapkan dan sekarang kita hanya tunggu masa pelancaran sukan itu,"kata Rozi. - teganukite.net
Related Posts:
Konvoi Jelajah 1Jiwa Tiba Di Terengganu Konvoi Jelajah 1Jiwa bersempena sambutan ulangtahun ke-50 Jubli Emas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tiba di Terengganu hari ini dengan penyertaan 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi. Konvoi sel… Read More
Terengganu Muncul Juara Kejohanan Sukan Dan Karnival Kebudayaan MAYC 2017 Amirullah (menjulang piala) bersama para atlet MAYC Terengganu. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu muncul juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Dan Karnival Kebudayaan (KSKK) di Universiti Utara Mal… Read More
1,500 Peserta Hangatkan Run For Peace Dato' Mohd Zubir mengibarkan bendera SGM dalam perasmian Run For Peace 2017. - Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Lebih 1, 500 peserta yang menyertai acara larian Run For Peace 2017 sepanjang lapan kilometer di Data… Read More
FAM Minta FMLLP Kaji Semula Jadual Perlawanan Musim Depan - TMJ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) supaya mengkaji semula kepadatan jadual perlawanan liga Malaysia (Liga-M) musim ini supaya pemain dan pasukan tidak dibelen… Read More
Ketibaan Obor Di Terengganu Disambut Meriah Penyerahan obor daripada Datuk Zawawi Othman telah diterima oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. - Foto oleh Harish Fadzillah Kassim Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean… Read More