Sunday, 29 July 2018

Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang dalam pembinaan

Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang memperkasakan lagi peranan Fakulti Perubatan UniSZA kini mencapai 25 peratus kerja pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, hospital setinggi enam tingkat di tapak seluas 12 hektar melibatkan kos RM600 juta masih dalam proses pembinaan dan setakat ini berjalan dengan lancar.

“Jika ada dakwaan yang mengatakan bahawa projek ini salah satu ‘projek sakit', itu adalah tidak benar kerana pembinaannya sedang berjalan dengan baik di bawah pantauan pihak UniSZA.

“Pihak kami sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan mengadakan mesyuarat setiap bulan bersama pihak yang terlibat bagi memastikan pembinaan salah satu mercu UniSZA berjalan lancar tanpa masalah,” ujarnya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor Dan Anugerah Kecemerlangan Staf Serta Jamuan Semoena Hari Raya Aidil Fitri UniSZA di Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pro Canselor, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof  Noor; Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi UniSZA.

Ahmad Zubaidi berkata, projek yang melibatkan dua fasa itu akan menempatkan 200 katil yang dilengkapi dengan kemudahan terkini pada peringkat pertama dengan dijangka akan mengambil seramai 1,540 kakitangan pelbagai jawatan dan daripada jumlah itu seramai 70 kakitangan kumpulan pertama akan diambil pada 2019.


Sementara itu, UniSZA  turut meluluskan bajet sebanyak RM1 juta bagi memulakan pelaksanaan strategi peningkatan reputasi akademik dan penyelidikan UniSZA di peringkat Asia di bawah pemantauan Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti (SPaQM).

“Bajet ini akan digunakan untuk mengalakkan pelaksanaan aktiviti yang dapat meningkatkan kualiti persekitaran serta meningkatkan keternampakan UniSZA di peringkat global.

“Segala strategi ini merupakan sebahagian daripada persediaan UniSZA menghadapi penilaian penarafan ‘QS Rating’ pada tahun 2020 dalam menentukan keberadaannya di mata dunia,” kata Ahmad Zubaidi. - teganukita.net

Related Posts:

  • `Jangan Beritahu Saya Isteri Menteri Besar' - MB “Pesanan saya kepada beliau supaya pergi (Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu) sebagai rakyat dan jangan pergi beritahu saya isteri Menteri Besar, tentulah mendapat layan `first class’. Pergi sebagai rakyat bias… Read More
  • TDM Buka Kilang Baja Bio-Organik Automasi Pertama Di Malaysia Ahmad Samsuri melihat pokok lada yang menggunakan baja TDMBIO. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  TDM Berhad anak syarikat milik kerajaan negeri yang berteraskan industri kelapa sawit melakar satu lagi sejarah perkem… Read More
  • Bomba Iktiraf Pemanggil Pertama KBC Terbakar Nurul Najihah  Seorang wanita tidak menyangka akan diberikan penghargaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila menjadi pemanggil pertama bagi melaporkan kejadian kebakaran tangki minyak mentah Ke… Read More
  • Sasaran PITAS 2030 Realistik Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifat… Read More
  • UniSZA, MAIDAM Bantu Lebih 1,000 Penuntut Miskin Pengurus BIMB,Wan Rosita menyerahkan sumbangan zakat kepada Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi sambil disaksikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda  Lebih 1,000 penuntut UniSZA bagi kategori miskin … Read More

Demi Masa

SELASA, 6 Mei 2018
3:12 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75239
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan