Ahmad Razif bersama dua Exco Kerajaan Negeri menerima penganugerahan dari jabatan Bomba. Foto Zulkifli C W Putra
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi pemakaian Pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
Manakala dua exco kerajaan negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang pula menerima anugerah Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba.
Wan Mohd berkata, penganugerahan pangkat itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan inisiatif Ahmad Razif bersama barisan pemimpin lain dalam membangunkan Terengganu.
Katanya, anugerah itu juga sebagai menyanjung keprihatinan pemimpin berkenaan yang sering memantau dan turun padang apabila berlaku bencana seperti banjir, ribut dan kebakaran.
“Tidak pernah jemu menyokong kempen keselamatan dan pencegahan kebakaran anjuran jabatan Bomba dengan matlamat menjadikan Terengganu antara negeri paling selamat untuk dilawati atau didiami,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong
Katanya, ia juga bagi menjadikan Ahmad Razif sebagai ikon untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam bidang kebombaan.
“Idea dan inisiatif beliau juga akan menjadi inspirasi kepada warga jabatan bomba untuk terus memberikan perkhidmatan kebombaan yang cemerlang,”katanya. - teganukite.net
|
Sunday, 3 December 2017
Related Posts:
Sidang DUN : Jumlah Pelancong Meningkat 300 Peratus Dalam Tempoh 10 Tahun Mohd Iskandar ketika sesi perbahasan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Jumlah kedatangan pelancong ke beberapa lokas… Read More
Sidang DUN: Telaga Minyak Bertam, Masih Menunggu Jawapan JUPEM Kerajaan negeri masih menunggu keputusan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) berkaitan persempadanan telaga minyak Bertam sama ada milik Terengganu atau Pahang. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif A… Read More
Ahmad Razif Yakin Keupayaan TMJ Terajui FAM Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yakin dengan kemampuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu. Presidennya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd… Read More
Sidang DUN: Terengganu Jamin Amphicoach Tiba Jun Ini Ahmad Razif berkata sesuatu kepada pemimpin PAS sewaktu minum pagi di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto Tg Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri hari ini&… Read More
Sidang DUN : Terengganu Cadang Kenakan Caj Untuk Menginap Di Hotel Ahmad Razif ketika menjawab soalan media sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra Terengganu bercadang untuk menge… Read More