Sunday, 3 December 2017

Sultan Mizan berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat  Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail 

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di  negeri ini dapat melipatgandakan kekuatan dan semangat dengan mengamalkan suruhan agama bukan sahaja amalan wajib malahan juga amalan sunat secara sempurna dan yakin.

Titah baginda, mutakhir ni kedegaran suara- suara yang mencabar kesucian ajaran Islam dan mempertikaikan kedudukan Islam di dalam perlembagaan negara kita.


"Perkara- perkara negatif seumpama ini jika wajar dibiarkan kerana akan menimbulkan kecelaruan orang ramai khususnya umat Islam serta menjejaskan keharmonian beragama.

"Justeru itu, beta menyeru Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) supaya mengambil tindakan dalam menangani perkara ini, " titah baginda.

Sultan Terengganu bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu yang bertemakan `Kesatuan Ummah Kesejahteraan negara’ di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.


Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib bersama barisan exco kerajaan negeri lain.

Sultan Mizan mencadangkan setiap kali bangkitnya isu semasa yang boleh menimbulkan kecelaruan dalam beragama, masyarakat awam di negeri ini perlu diberi pencerahan ilmiah dengan mengadakan kuliah, seminar, kursus, kutbah dan edaran risalah.


"Pada masa sama beta mengesa agar memperbanyakan majlis zikir supaya cahaya kebaikan zikrullah akan menghapuskan kegelapan kejahatan di samping mendapat keberkatan dari Allah, " titah baginda - teganukite.net

Related Posts:

  • Terengganu Sedia Pilih Calon Wanita Pada PRU14 UMNO Negeri Terenganu bersedia meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika dipersetujui Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, D… Read More
  • Tamatkan Polemik Asal-Usul Tun M- Annuar Polemik mengenai asal usul Tun Mahathir  perlu ditamatkan dan jentera parti tidak akan terperangkap dengan percubaan untuk memanjangkan isu itu oleh pihak tertentu,tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar M… Read More
  • Wanita UMNO Dituntut Manfaat Kemajuan Teknologi Wanita UMNO mesti menerima cabaran dan mendakap perubahan bersama kemajuan teknologi untuk meletakkan parti itu di kedudukan yang terbaik melalui rangkaian media sosial. Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Jaila… Read More
  • UMNO Perlu Diyakini Juarai Nasib Rakyat UMNO perlu menggunakan kaedah komunikasi terbaik bagi meyakinkan rakyat bahawa parti itu yang benar-benar menjuarai nasib rakyat.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata… Read More
  • Maidam Beri Khidmat Peguam Percuma Kepada Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menawarkan khidmat guaman percuma kepada golongan asnaf di negeri ini sebelum akhir tahun. Yang Dipertua Maidam, Dato’  Shaikh Harun Shaikh Ism… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
9:18 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74700
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan