Sunday, 29 July 2018


PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis bukan kerana memberi laluan, sebaliknya itu atas pelbagai pertimbangan selepas mendapat pandangan daripada rakan-rakan (PAS) di Selangor, kata Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut beliau, PAS memutuskan perkara itu selepas mempertimbangkan kajian dan maklumat terkini yang ada termasuklah kedudukan kewangan semasa parti itu.

“Walaupun dibaca sesetengah pihak, bahawa keputusan tidak bertanding itu sebagai memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding, itu adalah tafsiran orang di luar. Apa yang berlaku adalah keputusan PAS sendiri untuk tidak meletakkan calon atas pertimbangan-pertimbangan  yang pelbagai selepas mendapat pandangan daripada rakan-rakan di Selangor,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Dana Maahad Darul Quran (MDQ) sempena Ihtifal Idul Ilmi MDQ 2018 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang, kelmarin.

Mengulas mengenai persediaan PAS bagi berdepan PRK di Balakong, menteri besar menjelaskan kedudukan PAS bagi meletakkan calonnya di situ juga belum ditentukan lagi berikutan baharu sahaja menerima berita itu (kematian ADUN Balakong) hari ini (Jumaat lalu).

Beliau yang juga Ketua pengarah Pilihan Raya PAS Pusat seterusnya akan mengadakan perbincangan susulan perkara itu bagi mendapat pandangan daripada bawah terutama di kalangan jentera pilihan raya PAS Selangor sebelum membuat sebarang keputusan. - teganukita.net

Related Posts:

  • Jambatan Pulau Sekati Siap April 2017 Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan Kampung Teluk Pasu dan Losong. Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dijangka siap sepenuhnya… Read More
  • Sekolah Terjejas Banjir Tangguh Persekolahan Sesi persekolahan yang akan bermula esok (1 Januari) akan ditangguhkan sementara waktu bagi sekolah yang terjejas akibat  banjir di seluruh Terengganu dan dibuka semula bergantung kepada keadaan semasa. Menteri Be… Read More
  • PLUS Belanja RM5 Juta Baik Pulih Pagar Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Kelengkapan Sekolah "Kembali Ke Sekolah 2017", di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Projek  Lebuh Raya Utara Selatan (PLU… Read More
  • Kerajaan Beri Insentif Untuk Pengusaha Beca, Bot Penambang Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada nelayan. Foto oleh CW Zulkifli. Kerajaan negeri tidak meminggirkan kebajikan pengusaha beca dan bot penambang apabila golongan itu bakal menikmati keistimewaan sempena Tahun Mel… Read More
  • Sesi Persekolahan 22 Sekolah Hulu Terengganu Terjejas Sebanyak 22 buah sekolah di Daerah Hulu Terengganu kemungkinan terpaksa ditangguhkan sesi persekolahan yang bermula esok, berikutan sekolah ditenggelami air dan terputus hubungan. Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Teren… Read More

Demi Masa

SELASA, 3 Jun 2018
11:55 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75578
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan