To' Puan Seri Halina dan Roslee bergambar dengan sebahagian wanita yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Terengganu menggerakkan skuad sukarelawan muda Perkumpulan Wanita (Perwani) di bawah jabatan itu bagi membantu mereka yang ditimpa bencana banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, skuad yang dianggotai anggota Perwani berusia 40 tahun ke bawah itu aktif turun padang membantu masyarakat memerlukan.
“Mereka sangat komited membantu mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan termasuklah memberikan kaunseling kepada mangsa yang berdepan dengan trauma akibat bencana itu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri yang dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria di Wisma Darul Iman, hari ini.
Katanya, kira-kira 400 sukarelawan skuad terbabit sentiasa bersiap siaga untuk memberi khidmat di semua pusat pemindahan banjir yang dibuka di negeri ini.
Sementara itu, mengulas mengenai Sambutan Hari Wanita yang diadakan Roslee berkata, bertepatan dengan tema ‘Be Bold For Change’, kaum wanita di negeri ini disarankan berani membuat perubahan dan menghadapi cabaran mendatang.
“Kita harap wanita-wanita negeri Terengganu boleh meningkatkan lagi prestasi termasuk dalam kerjaya yang mereka ceburi.
“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian untuk memastikan agenda pembangunan wanita selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa,” ujarnya. - teganukite.net
|
Sunday, 3 December 2017
Related Posts:
YPKT Tawar Pinjaman Kepada 2,246 Peserta Program Jati Diri Seramai 2,246 peserta Program Jati Diri (PJD) aktif membuat pinjaman membabitkan RM2.8 juta melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Mas… Read More
250 Peserta Sahut Cabaran Di Kejohanan Payung Terjun ATM 2017, 22-30 September Ini Kerajaan negeri dengan kerjasama Malaysia Armed Forces Parachute Association (MAFPA) serta Malaysia Parachute Association (MYPA) bakal menganjurkan Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (3rdTerengganu Challeng… Read More
271 Pasangan Kahwin Serentak Catat Dalam MBOR Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meneruskan program Perkahwinan Perdana yang dirintis tahun lalu dengan 271 pasangan melangsungkan perkahwinan secara serentak di … Read More
Peranan JPP Tidak Bertindih Dengan Tugas JKKK Datuk Halimah bersama anggota JPP selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Sesi Townhall Bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini- Tengku Syamim Tengku Ismail … Read More
Terengganu Lancar Misi Bantuan Untuk Rohingya Kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya mula dilancarkan hari ini sehinga 10 Oktober ini oleh kerajaan negeri. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri mensasarkan kutipan sehingga RM1 jut… Read More