Sunday, 3 December 2017

Sultan Terengganu berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat  Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Kesejahteraan negara sudah tentu tidak akan tercapai sepenuhnya jika aspek kesatuan ummah tidak dapat dijaga dan dipupuk dengan baik.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata oleh itu, untuk memupuk kesatuan ummah maka wajarlah ia dilakukan melalui penghayatan dan penerapan nilai-nilai murni dengan menghindari perasaan permusuhan dan benci-membenci.

Katanya, sebaliknya perlu menanam sikap saling maaf-bermaafan sebagaimana yang diabadikan dalam sirah kehidupan baginda Rasulullah S.A.W.

“Umat Islam di Terengganu khasnya, hendaklah menghidupkan suasana saling kasih mengasihi, hormat–menghormati dan membina persaudaraan dalam suasana yang penuh keampunan, rahmat dan keredhaan Allah S.W.T.

“Sama–samalah kita ingat mengingati, bahawa keamanan dan kesejahteraan Terengganu  dan negara yang kita kecapi selama ini adalah kerana perpaduan dan ikatan persaudaraan, bukan setakat sesama kita umat Islam malah perpaduan dengan kaum lain tanpa mengira bangsa dan agama,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat  Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan sambutan yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Fatimatuz Zahra'.

Hadir sama, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib bersama barisan exco kerajaan negeri lain. - teganukite.net

Related Posts:

  • Produk BF Nano Vesicles Untuk Rawatan Kulit Prof Madya. Dr. Mohd Zul Helmi  bersama produk yang menggunakan formulasi nanovesicles ciptaannya. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah apabila menghasilkan pr… Read More
  • Punca Kematian Diketahui Dalam Tempoh Dua Minggu Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu tidak menolak seorang  pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)  mati kerana keracunan makanan namun pihaknya masih menyiasat sekiranya terdapat… Read More
  • Martabat Keris Warisan Melayu `Tak kenal maka tak cinta', itulah perumpamaan yang menggambarkan minat Wan Omar Wan Mansor, 46, terhadap senjata tradisional Melayu terutamanya keris dan pembuatan sarung kerana pembuatannya yang bermutu tidak hanya berga… Read More
  • JKNT Siapsiaga Hadapi Banjir Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengambil langkah siapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku banjir. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, JKNT telah ber… Read More
  • MB Tanggung Kos Bawa Balik Jenazah Mangsa Tangki Meletup Saya bersedia menanggung segala kos bagi membawa jenazah dua anak Terengganu yang terlibat dalam kebakaran sebuah tangki simpanan diesel di sebuah kilang di Jalan Kuang Kuala Garing, Rawang, semalam, kata Menteri Besar, Da… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
2:03 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan