Tuesday, 28 March 2017

Ahmad Razif ketika menjawab soalan media sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra

Terengganu bercadang untuk mengenakan caj kepada pelancong yang menginap di hotel dalam usaha meningkatkan ekonomi dan memajukan sektor pelancongan sebagai sektor baharu Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata inisiatif mengenakan caj kepada pelancong itu bukan perkara baharu di negara ini, malah sudah dilaksanakan oleh Melaka dan Pulau Pinang yang mengenakan caj warisan di negeri masing-masing.

Ahmad Razif (BN-Seberang Takir), berkata caj yang dikenakan tidak akan membebankan pelancong dan amat rendah berbanding kemampuan perbelanjaan mereka kerana hanya  sekitar RM1 sehingga RM2  ke atas setiap malam bagi setiap bilik serta bergantung kepada taraf penginapan berkenaan kelak.


“Caj ini tidak akan membebankan pelancong, kerana mereka yang melancong memang berkeupayaan dan mempunyai duit yang lebih dan apa salahnya,  cuma dalam kadar hanya RM1 hingga RM2 sahaja.

“Selepas ini jika ada program luar negara daripada agensi pelancongan kita, duit ini akan kembali semula kepada mereka. Caj ini juga untuk mengurangkan bebanan kerajaan berbelanja untuk pengurusan pelancongan,”katanya.

Beliau mengulas demikian ketika menjawab soalan lisan Dato’ Abdul Hadi Awang (Pas- Rhu Rendang) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.

Abd Hadi mengemukakan soalan mengenai  langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menampung defisit bajet 2017 sebanyak 10 peratus.

Katanya, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan menjalankan kajian menyeluruh termasuk melihat contoh-contoh negeri yang sudah melaksanakan kaedah yang sama, sebelum menguatkuasakannya di hotel seluruh Terengganu.

Tambahnya, kerajaan sebelum ini banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi mempromosikan pelancongan dan memberi keuntungan kepada pengusaha hotel.

“Kita juga sedang melihat komitmen hotel-hotel  sebab hari ini kita banyak belanja untuk membantu promosi-promosi  dan menguntungkan hotel-hotel. 

"Jadi tidak salah untuk mereka pula memberi sumbangan kepada kerajaan negeri  dalam keadaan kewangan negeri (terbatas) sekarang ini. Di sini wujudnya situasi menang-menang,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Budaya Cintai Al-Quran Perlu Dilazimi Dalam Kehidupan Ahmad Razif bermesra dengan pelajar sebaik tiba di MajlisMajlis Menghafaz al-Quran peringkat Terengganu, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra  Penganjuran Majlis Menghafaz al-Qu… Read More
  • Toh Seng Cheng, Bakal Calon DUN Bandar Ahmad Razif bersama beberapa tetamu mengaul Yee Sang  pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Bandar, di Kampung Cina, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli Putra Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) B… Read More
  • Terengganu Kembali Hangatkan LTdL 2017 Rozi (dua dari kanan) bersalaman dengan Emir sejurus selesai sidang media mengenai status terkini penyertaan Terengganu dalam kejohanan LTdL 2017, di Hotel Permai Inn, semalam. Foto oleh Zulkifli CW Putra Berita gembira… Read More
  • Terengganu Bakal Jadi Hub MRO Rantau Asia Pasifik Wan Nawawi mewakili kerajaan negeri (dua dari kanan) menerima dokumen di Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Projek Penyelenggaraan, Pembaikian dan Ubah Rawat Pesawat Udara (MRO) di Kompleks Lapang Sasar, Tok Jemb… Read More
  • Kompleks Jeti Merang Dibuka Februari Ini Jeti Merang, di Setiu yang dinaik taraf menjadi Kompleks Jeti Merang dengan kos berjumlah RM14.7 juta akan dibuka kepada orang ramai bermula 1 Februari ini. Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, kerja-k… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 20 Jun 2018
3:41 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75727
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan