Wednesday, 29 March 2017


Kerajaan negeri masih menunggu keputusan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) berkaitan persempadanan telaga minyak Bertam sama ada milik Terengganu atau Pahang.

Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri melengah-lengahkan tuntutan ke atas telaga minyak Bertam itu adalah tidak benar sama sekali.

"Persempadanan ini masih sedang diteliti pihak berkaitan, apabila sudah tahu keputusan barulah boleh diteruskan tuntutan royalti, kerajaan negeri akan terus  memperjuangkan  hak pemilikan telaga minyak itu.

"Ikut maklumat yang saya dapat, hasil lima peratus dari Bertam ialah antara RM9 juta hingga RM10 juta. Untuk penerimaan kali pertama, kita telah menerima wang royalti dari kerajaan Persekutuan sebanyak RM550 juta,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan  tambahan Azan Ismail (PKR-Bandar) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,pada hari kedua, hari ini.

Razif turut memberitahu, sepatutnya kita terima RM500 juta seperti yang telah dipersetujui, namun Kementerian Kewangan bagi kita lebih RM50 juta.

“Lebihan itu hasil rundingan dan hubungan baik antara Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan, bagaikan juga hubungan ayah dan anak, kalau tak sama haluan susah sikit nak dapat," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Perkasa Wanita Menerusi Road To MAHA 2018 Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani  menyasarkan penglibatan golongan wanita menerusi program Road To MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) 2018 adalah bukti komitmen kera… Read More
  • Terengganu Bubar DUN Hari Ini Menteri Besar menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong sebelum diserahkan kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu, selepas sidang media khas, di Wisma Darul Ima… Read More
  • Urusan Seterusnya Serah Kepada SPR Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Terengganu, Nik Andy Suwardi Amry selepas sidang media khas pengiystiharan pemb… Read More
  • Wanland Metro Bina 370 Unit Rumah Teres Mampu Milik Nawi melihat rumah contoh yang dipamerkan kepada orang ramai  Syarikat pemaju perumahan, Wanland Metro Sdn Bhd telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi membina 370 unit rumah teres mampu milik di Ka… Read More
  • Road To Maha 2018 Zon Timur Beri Penghormatan Kepada Wanita Road To MAHA (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) Zon Timur berjaya memberi penghormatan kepada golongan wanita melalui penganjuran Karnival Usahawanita 2018 yang dirasmikan oleh Menteri Perta… Read More

Demi Masa

ISNIN, 30 Jun 2018
1:41 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75869
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan