Tuesday, 24 October 2017


UMNO sudah lama membuka pintu rundingan untuk bekerjasama dengan Pas. Malah pucuk pimpinan tertinggi negara, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak juga sudah beberapa kali menawarkannya, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurutnya, UMNO sejak sekian lama menghulurkan tangan kepada Pas bagi mengukuhkan hubungan silaturahim di antara sesama Islam.

"Kita tidak nampak apa perbezaan antara UMNO dengan Pas kerana perjuangan kita sama, iaitu menegakkan agama yang membawa kepada kebaikan. Tiada sebab untuk kita tidak boleh bekerjasama dan soal bekerjasama itu ditentukan oleh peringkat pimpinan tertinggi..Presiden Parti (UMNO)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Turun Padang Menteri Besar Terengganu Ke Daerah Kuala Terengganu, di Stadium Negeri, hari ini.


Menteri Besar mengulas demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Lembaga Penasihat Pas, Dato' Mustafa Ali, dalam satu sidang media khas, dua hari lalu yang meminta Pas menyambut cadangan rundingan yang dibuat oleh UMNO demi kepentingan negara ini.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kesediaan Pas dan tiada masalah untuk menyertai sebarang rundingan dari parti itu.

"Kita sedia berunding. Malah kita juga sedia bertolak ansur kepada Pas untuk mengadakan sebarang program sepertimana penganjuran Himpunan Fastaqim di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, (30 September) baru-baru ini,"katanya.

Dalam laporan sebelum ini juga, Mustafa yang juga bekas pengarah pilihan raya Pas berkata parti itu wajar berunding dan menyambut tangan dihulurkan UMNO dan kenyataan itu juga sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa sebelum ini.

Bagi veteran Pas itu lagi, partinya tidak semestinya masuk Barisan Nasional (BN) selepas berunding tetapi perlu berunding secara rasmi untuk bekerjasama dengan UMNO. - teganukite.net

Related Posts:

  • RM2 Juta Untuk Aktiviti Belia Sepanjang 2017 Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan aktiviti dan program untuk anak muda di seluruh Terengganu, sepanjang tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' R… Read More
  • 20,000 Dijangka Hadir Majlis PM Di Tepoh Seramai 20,000 penduduk negeri ini khusus dari Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nenas, Tepoh oleh Perdana Menteri, pada 15 April ini.Pegawai P… Read More
  • 50 Sekolah Laksana Program Trenglish Sebanyak 18 buah sekolah ditambah secara berperingkat menjadikan 50 buah sekolah menengah yang terlibat dengan program Trenglish sehingga 2017, berbanding hanya 32 sekolah di awal pelaksanaannya tiga tahun lalu. P… Read More
  • Tonjol Sikap Telus, Bebas Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan negeri dan institusi perkhidmatan awam menonjolkan sikap telus serta bebas daripada  sebarang rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran masing-m… Read More
  • SPRM Tidak Terima Permohonan Ikrar Bebas Rasuah Dari Negeri Pembangkang Ahmad Razif menyerahkan  dokumen ikrar bebas rasuah kepada Dzulkifli pada  Majlis Menandatangani Bebas Rasuah. Foto Harish Fadzillah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima seba… Read More

Demi Masa

ISNIN, 9 Jun 2018
3:00 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75631
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan