Wednesday, 5 April 2017

Ahmad Razif menyerahkan  dokumen ikrar bebas rasuah kepada Dzulkifli pada  Majlis Menandatangani Bebas Rasuah. Foto Harish Fadzillah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana negeri pembangkang untuk mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya tidak memaksa untuk mana-mana negeri berbuat demikian, sebaliknya SPRM akan menguruskan perkara itu sekiranya dipohon.

Katanya, setiap pentadbiran kerajaan yang memohon perlulah di kalangan mereka yang ikhlas, bertanggungjawab, berani dan rela hati untuk mencegah rasuah dalam setiap urusan pentadbiran masing-masing.


“Ikrar yang dilafaz tidak memberi maksud apa-apa, lebih kepada sifat peribadi, pastinya mana-mana individu yang sudah melafazkan ikrar berasa bersalah untuk melakukan perbuatan itu.

“Saya berharap semua negeri termasuk negeri yang diperintah pembangkang tampil untuk melafazkan ikrar jika benar-benar ikhlas untuk membanteras rasuah,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pentadbiran Kerajaan Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


Hadir sama,  Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Dzulkifli  turut memberitahu, Terengganu adalah negeri ketujuh yang mengadakan majlis melafaz ikrar , sementara Sarawak menjadi negeri pertama dikuti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Perak.

Katanya, lima organisasi kerajaan negeri menandatangani Ikrar Intergriti Korporat (CIP), iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan yang terbaru, Terengganu Incorporated Sdn Bhd,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Kerajaan Negeri Bekalkan Drone Untuk Semua Pejabat Daerah A.Rahman (tengah) bersama penerima di Majlis Penyerahan Drone dan Alat GPS di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) membekalkan 10 unit… Read More
  • Rakan Taman Pertama Di Setiu Seramai 200 peserta terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Setiu (MDS) dan penduduk Taman Sri Intan, Sungai Tong, Setiu mengadakan gotong royong menanam pokok di kawasan taman itu, hari ini. Program yang pertama kali… Read More
  • Peruntuk RM10.9 Juta Hasil Tukun Tiruan Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memperuntukkan RM10.9 juta bagi pembangunan tukun tiruan di negeri ini sejak 2006. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Se… Read More
  • Peruntuk RM6 Juta Bina Tiga Pusat Dialisis Terengganu  memperuntukkan RM6 juta bagi pembinaan tiga pusat dialisis baharu yang dijangka siap tahun ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar J… Read More
  • Jambatan Pulau Sekati Bakal Dibuka Menjelang Ramadan Ini Ahmad Razif menyampaikan sijil keahlian kepada seorang pemimpin Pertubuhan Kebajikan Amal Maaruf Pribumi, di majlis ramah mesra bersama keanggotaan KAMP itu, di Wisma Darul Iman, malam tadi.Foto oleh Tengku Syamim Tengku I… Read More

Demi Masa

ISNIN, 30 Jun 2018
2:51 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75862
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan