Thursday, 6 April 2017


Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan aktiviti dan program untuk anak muda di seluruh Terengganu, sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, peruntukan itu tidak termasuk untuk program Dana Bakti Remaja.

“Kerajaan telah menetapkan beberapa teras dimana kegunaannya untuk tujuan program berfokus seperti program kepimpinan dan sahsiah, ilmuan dan motivasi, riadah santai, kemasyarakatan, keagamaan, ekonomi serta kemahiran.

“Selain itu, peruntukan yang disalurkan juga sebagai pengiktirafan kepada belia yang aktif termasuk membiayai Bantuan Pentadbiran Pertubuhan Belia, Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri dan Daerah, Anugerah Belia dan juga Hari Belia Negara peringkat negeri,” katanya dalam jawapan bertulis sempena persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. - teganukite.net

Related Posts:

  • Pekebun Bimbang Serangan Gajah Liar Berulang Pekebun memeriksa pokok kelapa sawit yang musnah akibat serangan gajah liar Dua pemilik kebun kelapa sawit di Kampung Air Putih, Kemaman terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 selepas 200 batang pokok kelapa sa… Read More
  • Masalah Bau Busuk Dari Kilang Industri Kerteh Dijangka Selesai Alias Razak Masalah bau busuk dari sebuah kilang  memproses makanan haiwan di kawasan perindustran Kerteh , Kemaman, yang membelenggu penduduk di sekitar Bandar Paka sejak sekian lama dijangka akan selesai apabila pih… Read More
  • Musim Buah Perah Jadi Pesta Penduduk Kampung Pauh Rohana(kanan)bersama rakannya Rosmaria menunjukkan buah perah yang berjaya dikutip di perkarangan tanah perkuburan Kampung Pauh. Sesiapa sahaja yang pernah menikmati buah perah pasti terbayang keenakan isinya sama ada dire… Read More
  • Dua Kapal Minyak Diesel Ditahan APMM Mohamad Rezal melakukan pemeriksaan kapal minyak diesel yang di Perkarangan Maritim Kemaman. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman berjaya menahan dua buah kapal minyak disyaki melakukan aktivi… Read More
  • Kesedihan Ibu Insafkan Penagih Tegar Nor Amirul Aswad Linangan air mata seorang ibu berjaya melembutkan hati seorang penagih dadah tegar untuk kembali ke pangkal jalan setelah bergelumang dengan najis tersebut lebih 10 tahun.Nor Amirul Aswad Zakaria, 28, yang… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 26 Jun 2018
5:26 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75814
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan