Menteri Besar bersama kepimpinan negeri dan kawasan meninjau kesan kejadian ribut petang semalam di sekitar Paya Resak, Marang. Foto oleh Zulkifli CW Putra
Kerajaan negeri akan memastikan semua rumah yang rosak akibat kejadian bencana ribut melanda beberapa kawasan di negeri ini, petang semalam akan segera diberi bantuan membaik pulih kediaman terlibat.
Difahamkan, sebanyak 458 rumah membabitkan 390 rumah di Marang, Kuala Terengganu 61 rumah dan Hulu Terengganu pula membabitkan tujuh buah rumah.
Bagaimanapun, jumlah itu dijangka bertambah memandangkan ada sebilangan kecil mangsa yang masih belum membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri untuk tindakan selanjutnya.
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau sudah mengarahkan pihak berkaitan khususnya pemimpin setempat dan JKM untuk mengenal pasti jumlah sebenar mangsa dan rumah yang terlibat bagi memastikan bantuan diterima dengan tepat dan cepat.
“Keutamaannya sekarang adalah menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira fahaman politik, sama ada secara bergotong royong untuk memasang atap, menggantikan dinding, membersihkan kawasan atau sebagainya.
“Jumlah kerugian masih dalam tafsiran dan yang pasti tiada mangsa cedera,” katanya selepas melawat beberapa rumah mangsa ribut di Kampung Paya Resak, Marang, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah JKM Negeri Zuhami Omar, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat, Saiful Bahri Baharuddin dan Pegawai Penyelaras DUN Bukit Payung, Mohamad Nor Endut.
Seorang mangsa kejadian itu, Ramlan Ramli, 36, berkata ribut yang berlaku petang semalam adalah yang paling teruk sepanjang dia menetap di Kampung Pusu Tiga sehingga beranggapan seperti sudah tiba hari kiamat.
“Saya ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah hanya mampu mengucap dan lafaz Allahuakbar untuk meredakan kejadian ribut.
“Sebaik tiba di rumah hanya mampu melihat isteri Shamsiah Ramli, 35 dan empat anak dalam ketakutan kerana hampir keseluruhan atap rumah kami tercabut, peralatan dan kelengkapan rumah juga basah,”katanya. - teganukite.net
|
Tuesday, 24 October 2017
Related Posts:
Kebakaran KBC Hampir Pulih Kebakaran tangki simpanan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company ( KBC ), di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman kini semakin pulih apabila dua daripada tiga tangki yang terbakar berjaya dipadamkan sepenuhny… Read More
Petronas Taja 43 Pelajar Terengganu Cemerlang SPM 2017 Ahmad Samsuri berbual dengan pelajar yang menerima penajaan PESP. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Petronas menganugerahkan penajaan melalui Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) kepada 43 anak Terengganu yang cemerl… Read More
Operasi Padam Kebakaran KBC Selesai Operasi pemadaman kebakaran tiga bua tangki menyimpan minyak mentah milik kilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC) ditamatkan sepenuhnya pada jam 1 petang tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Pe… Read More
Yang Di-Pertuan Muda Berkenan Rasmi Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tengku Muhammad Ismail berkenan merasmikan Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2018 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Yang Di-Pertuan Muda Te… Read More
Terengganu Tuan Rumah Muktamar PAS Pusat 2018 Datuk Seri Abdul Hadi memotong kek sambutan Aidilfitri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat yang berlangsung pada 14 hingga 16 S… Read More