Sunday, 9 April 2017
Seramai 20,000 penduduk negeri ini khusus dari Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nenas, Tepoh oleh Perdana Menteri, pada 15 April ini.
Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan terus ke lokasi itu setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud petang.
"Kita menjangkakan seramai 20,000 akan hadir pada program ini. Segala persiapan sedang rancak berjalan dan akan siap sepenuhnya beberapa hari lagi.
"Program akan bermula jam 3 petang dengan mengadakan beberapa acara termasuklah cabutan bertuah dan persembahan pentas, " katanya ketika melawat tapak pelancaran program itu kelmarin.
Basir berkata, orang-ramai diharap hadir beramai-ramai untuk bersama-sama memberi sokongan dan meraikan kehadiran Perdana Menteri di majlis itu.
"Kita menyediakan kemudahan beberapa tempat meletak kereta, surau dan tandas awam untuk orang-ramai yang hadir dan kami juga mengharapkan mereka datang awal untuk mengelakan kesesakan lalu lintas," katanya. - teganukite.net
Related Posts:
14 Pasukan Berentap Di Kejohanan Terengganu F3000 Powerboat International Championship 2017 Tun Ahmad Faisal mendengar penerangan daripada seorang peserta yang bakal menyertai kejohanan tersebut. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim Sebanyak 14 pasukan mengesahkan penyertaan di kejohanan Terengganu F3000 Powerboat I… Read More
Terengganu Incorporated Lakukan Penjajaran Semula Bersama Agensi Kerajaan Negeri Terengganu Incorporated Sdn Bhd berjaya melakukan Penjajaran Semula (RE) bersama agensi-agensi kerajaan negeri yang terpilih dalam menjayakan transformasi ekonomi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, R… Read More
Pegawai Media Perlu Guna Saluran Efektif Tonjol Imej Pemimpin Pegawai media di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen memainkan peranan sangat efektif dan berpengaruh bagi memberi imej positif kepada pemimpin setempat menerusi saluran media sosial masa kini.Pegawai Media Str… Read More
Projek Loji Janakuasa Tenaga Solar Di Telok Kalong, Buka 1,000 Peluang Pekerjaan Projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman mampu membuka lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada anak Terengganu. Ahli Lembaga … Read More
Kunjungan Hormat Ukom Ke SKMM Dapatkan Khidmat Nasihat Media Kakitangan Ukom dan kakitangan SKMM bergambar kenangan ketika Majlis Kunjungan Hormat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) mengadakan kunjungan hormat ke atas Suruhanjaya Komunikasi Da… Read More