Tuesday, 24 October 2017

Sebalik kegembiraan ribuan pelajar bersama keluarga meraikan Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke-9 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Gong Badak semalam, seorang ibu menyimpan kisah duka apabila terpaksa mengambil sendiri ijazah arwah anaknya.

Ibu kepada empat anak, Rofidah Hussein, 51, mewakili anak sulungnya Muhammad Azadi Mohamad Anuar, 24, penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) yang meninggal dunia pada 25 Januari lalu kerana masalah jantung.


Menurut pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah itu, dia terpaksa menguatkan semangat untuk naik ke pentas menerima ijazah bagi pihak Allahyarham Muhammad Azadi sebagai mengenang kegigihan arwah menghabiskan pengajian ketika sedang melawan penyakit sejak 2015.


"Arwah didiagnosis mengalami masalah jantung pada 2015 dan akibat masalah itu dia terpaksa menangguhkan pengajiannya di UniSZA selama setahun.


"Walaupun sakit arwah sangat cekal, tidak banyak mengeluh dan berdikari sendiri berulang-alik dari Terengganu ke Kedah termasuk di penghujung hayatnya ketika sedang praktikal di UniSZA, arwah kuatkan semangat pulang ke kampung di Alor Setar bagi bertemu semua keluarga untuk menyambut hari lahirnya tanggal 20 Januari lalu, lima hari sebelum pergi meninggalkan kami,"katanya.

Kata Rofidah lagi, w
alaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, arwah tidak menyusahkannya dan suami, Mohamad Anuar Ismail, 51, dan tiga adiknya yang berusia 16, 20 dan 23 tahun malah kekuatan yang ditunjukkan arwah menjadi contoh terbaik kepada adiknya.


Walaupun masih sedih kerana tidak dapat melihat arwah mengambil sendiri ijazahnya, Rofidah dan suaminya tetap gembira kerana arwah mengharumkan nama keluarga walaupun kini tanpa jasad di sisi mereka.

Ijazah berkenaan disampaikan Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof Dr Mohd Yusof Md Nor.


Terdahulu, istiadat pembukaan majlis itu disempurnakan Canselor UniSZA, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.


Turut berangkat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahra’.


Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria; Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Yusof Md. Nor; Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Prof. Emeritus Dato' Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif.


Seramai 2,359 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-9 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus sepanjang tiga hari bermula semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 18 graduan dianugerahkan ijazah doktor falsafah, graduan sarjana (59), sarjana muda (1,321) dan diploma (961). - teganukite.net

Related Posts:

  • Hotline Mudahsokmo Apabila adik iparnya de­ngan nada keterujaan memberitahu telah mene­rima surat tawaran melanjutkan pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil, sewaktu dia singgah menjenguk mentua di Padang Muar dekat sini, Khalilah Mustafa,… Read More
  • Kenaikan Gaji Satu KGT Untuk Penjawat Awam Negeri Terengganu Menteri Besar bergambar dengan pemimpin dan sebahagian wanita Barisan Nasional selepas melancarkan JR PLUS Negeri Terengganu dan Jentera PRU14 Wanita Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, … Read More
  • BN Terengganu Mahu Tambah Empat Parlimen, Lapan DUN Baru Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mewujudkan persempadan semula empat Parlimen dan lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini jika memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  nanti.Pen… Read More
  • 484 Penduduk Seberang Takir Terima Bantuan JKM Ahmad Razif mengagihkan bantuan JKM. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Seramai 484 penerima Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat   kawasan Seberang Takir menerima bantuan  yang bernilai RM99,300, petang se… Read More
  • Mansuh ECRL Merugikan Rakyat Terengganu Mohd Zubir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini. “Satu perkara bagi saya akan merugikan orang Terengganu ka… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 20 Jun 2018
11:22 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75735
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan