Wednesday, 17 May 2017


Seramai 1,034 anak yatim membabitkan sekolah rendah dari Kuala Terengganu  dan Kuala Nerus serta pelajar Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Terengganu (Perkaya) menerima sumbangan pakaian hari raya.

Mereka terdiri daripada 495 murid tahun tiga dan 495 murid tahun enam dari 82 buah sekolah rendah disamping 523 pelajar dari Perkaya Marang, Besut, Kuala Terengganu dan Dungun.

Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya itu disampaikan isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Perkaya, Prof Dato Dr. Tengku Mahmud Mansor.

Program sumbangan pakaian hari raya itu merupakan aktiviti tahunan Perkaya ntuk membantu anak-anak yatim piatu di seluruh negeri sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


Seorang penerima Ayu Kartika Azhar, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tok Beng, Kuala Nerus gembira dengan sumbangan itu dan mahu menghadiahkan pakaian tersebut kepada adiknya, Nur Amirka Wahida, 11, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Katanya, dia dan adik sudah ada baju jubah raya yang ibu saudara hadiahkan jadi saya akan bagi kain pasang itu dekat adik .

“Adik yang cacat kedua-dua anggota kaki sejak lahir  pasti suka dengan hadiah ini dan percaya adik mahu dijadikan baju gaun.

“Tidak sabar untuk raya dan pakai baju baru walaupun kami hanya meraikan dalam  serba kekurangan,” katanya.

Ibu Katika meninggal dunia ketika  pada 2012 sebab demam manakala ayah mengalami sakit tulang belakang akibat kemalangan.. - teganukite.net

Related Posts:

  • Kerajaan Komited Bantu Rakyat Miliki Rumah Ahmad Razif menyampaikan bantuan kepada pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pengusaha Bot Penambang, Nelayan dan Buruh di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, petang semalam.  Kerajaan negeri terus ko… Read More
  • Aduan Hotline 24 Jam Pejabat MB Lebih 100 Sehari Menteri Besar melihat buku dihadiahkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar yang bersara mulai hari ini, di majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa T… Read More
  • Rumah Hadiah Tahun Baru Sambutan tahun baru 2018 bagi sepuluh keluarga miskin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, membawa berita menggembirakan apabila mereka bakal menetap di rumah baru di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)… Read More
  • Terengganu Sambut Tahun Baru Dengan Program Keagamaan Ahmad Razif berserta jemaah lain berdoa memohon kesejahteraan dan keselamatan untuk rakyat serta negeri Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Walaupun tiada tembakan bunga api di Terengganu oleh kerajaan negeri,… Read More
  • Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Ditutup Sementara Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu ditutup serta merta kepada pengguna bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Lemba… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 3 Julai 2018
10:34 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75906
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan