Monday 1 January 2018

Ahmad Razif menyampaikan bantuan kepada pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pengusaha Bot Penambang, Nelayan dan Buruh di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, petang semalam. 

Kerajaan negeri terus komited membina lebih banyak Rumah Mampu Milik (RMR) khususnya kepada golongan belia walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memastikan hasrat kerajaan agar setiap belia memiliki satu rumah dapat direalisasikan.

Katanya, terbaru, kerajaan akan menambah kira-kira 10,000 unit RMR dalam tempoh lima tahun dan pembinaan itu akan bermula pertengahan tahun depan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Terengganu.

“Jumlah itu termasuk pembinaan 500 unit RMR di kawasan Seberang Takir yang akan  memfokuskan golongan nelayan, buruh atau mereka yang berpendapatan rendah.


“Peruntukan  sebanyak RM400 juta bagi tujuan itu  sudah diluluskan dalam pembentangan bajet  lalu dan kerajaaan bersedia memulakan pembinaan dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pengusaha Bot Penambang, Nelayan dan Buruh di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, petang semalam.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Epic Berhad, Noor Fadzil Mohamed Nor.

Seramai 886 penerima terdiri golongan nelayan, buruh dan pengusaha bot penambang hadir menerima bantuan yang disumbangkan Epic Berhad dan Etiqa Takaful Berhad berupa wang tunai RM300 dan barangan dapur dengan nilaian RM100.

Ahmad Razif turut memberitahu, inisiatif sama turut dijalankan dengan kerjasama beberapa syarikat berkaitan  termasuk Tenaga Nasional Berhad dan  Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi membina perumahan rakyat.

“Selain menerima  projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan rumah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya.

Terdahulu, Ahmad Razif turut menyampaikan cek bagi pembelian alat fisioterapi bernilai RM119,434 sumbangan EPIC kepada Pusat Hemodialisis Seberang Takir.

Alatan itu termasuk HUR 8000 Pulley, HUR Leg Extension/Curl, Kettler Cross M Trainer, XFT Foot Drop System dan Flexband roll. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan