Monday 1 January 2018

Menteri Besar melihat buku dihadiahkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar yang bersara mulai hari ini, di majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman. Foto oleh Zulkifli CW Putra


Sebahagian masalah dan isu yang disampaikan orang ramai menerusi talian hotline 24 jam Pejabat Menteri Besar Terengganu boleh diselesaikan segera di peringkat jabatan, manakala sebahagiannya  memerlukan masa berikutan tertakluk kepada polisi dan dasar kerajaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, talian tersebut berperanan menerima maklumat, aduan dan bertindak menyalurkan kepada jabatan atau agensi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang dilaporkan itu dengan kadar segera.

“Sejak diperkenalkan sebulan lalu, memang sangat menggalakkan..kita terima lebih daripada 100 aduan sehari dan sebab kita itu kita buka 24 jam `office hour’ mengikut nombor yang kita beri kemudian lepas pada waktu pejabat ada talian yang kita sediakan dan pegawai kita ada yang pantau di Pejabat Menteri Besar.

“Cuma ada beberapa sahaja yang perlu secara terus kepada saya. Jadi semua aduan itu tidak semestinya akan datang terus kepada saya..Ada akan diselesaikan di peringkat pejabat ia akan diselesaikan di situ. Contohnya macam longkang atau apa-apa isu yang ini tindakan daripada Pejabat Menteri Besar akan salurkan terus kepada pihak-pihak yang sepatutnya,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.

Ahmad Razif  berkata, ada sesetengah isu melibatkan dasar dan polisi. Sebagai contoh, aduan kes lif  di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu  yang sentiasa rosak dan menjejaskan keselesaan pengguna, adalah di bawah penyeliaan dan kuasa Kementerian Kesihatan.

Katanya, walaupun kerajaan negeri tiada kuasa sepenuhnya membuat keputusan, pihaknya tetap akan bertanggungjawab menyelesaikan sebarang isu yang melibatkan kebajikan serta kepentingan rakyat.
Beliau seterusnya akan mengadakan lawatan ke HSNZ bagi melihat sendiri keadaan tiga daripada empat  lif yang dikatakan rosak  itu bagi mengenalpasti masalah sebenar dan menyelesaikan isu itu segera.

“Saya juga difahamkan peruntukan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk empat  lif itu. Jadi empat lif itu memang telah dibuat (baiki) dan sekarang ini dalam proses cuma saya nak kenal pasti kenapa yang tiga lif  itu rosak..Jadi kalau perlu kerajaan bantu maka kita akan bantu dan yang rosak ini kita akan selesaikan masalah,”katanya.

Menurut beliau lagi, lima pegawai ditugaskan bagi menerima aduan menerusi talian berkenaan dan jumlah petugas akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.


Orang awam boleh boleh mengutarakan apa sahaja isu, permasalahan serta aduan di talian 09 6225994 (waktu pejabat) dan 012 6103900 (luar waktu pejabat) - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan