Thursday, 18 May 2017

Ahmad Razif (tengah) meyaksikan MoA antara kerajaan negeri dan AirAsia Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail

Kerajaan negeri hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia Berhad bagi mempromosi pelancongan tempatan di negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jalinan kerjasama ini merupakan satu titik permulaan ke arah pelaksanaan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan secara terus dan pergi balik dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru.

“Bagi sektor Kuala Terengganu, AirAsia menawarkan 28 penerbangan mingguan dan akan memulakan penerbangan terus daripada Johor Bahru ke Kuala Terengganu sebanyak tiga kali seminggu di mana penerbangan pertama akan bermula 22 Jun ini.

“Di Johor, sasaran kita bukan hanya rakyat negeri itu tetapi termasuk Singapura dan negara lain,” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Di Antara Kerajaan Negeri Dan AirAsia Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad, Dato' Aziz Bakar.

Menurut Ahmad Razif, AirAsia bukan sahaja mempunyai rangkaian perkihdmatan yang paling meluas dengan lebih 120 destinasi di 27 buah negara, malah sejak mula beroperasi pada tahun 2001, AirAsia telah membawa lebih 330 juta penumpang dan telah berkembang dari hanya dua kepada lebih 200 pesawat.

Katanya, selain bertujuan untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke Terengganu selaras dengan Visit Beautiful Teregganu 2017, jalinan kerjasama ini secara tidak langsung memudahkan akses pelancong luar ke negeri ini.

“Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu ini sebagai negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisien, rangkaian perkhidmatan pengangkutan yang mesra pelancong, prasarana yang mencukupi dan khazanah alam semulajadi, seni budaya dan warisan yang menggamit kehadiran pelancong,” ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Sate Jabi Sejuk Beku Untuk Pasaran Lebih Luas Ahmad Razif mengagihkan sumbangan kepada Kelab Ibu Tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Kerajaan negeri menggesa pengusaha sate di negeri ini terutama di Jabi, Besut mengeluarkan produk secara sejuk beku su… Read More
  • Kewangan Negara Kukuh Berita oleh: Izzuan AhmadKedudukan kewangan negara yang agak kukuh menjadi bukti kerajaan dapat melaksanakan pelbagai  projek pembangunan di negara ini tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain, kata Ketua Setiausaha … Read More
  • Suntikan RM28.9 Juta Untuk Usahawan Bumiputera Terengganu Nawi (tengah) bergambar kenangan bersama usahawan Terengganu pada majlis berkenaan. Kerajaan  memperuntukkan RM28.9 juta kepada usahawan Bumiputera negeri ini menerusi  Program Peningkatan PKS Bumiputera sejak 20… Read More
  • Penduduk Bandar Digalak Laksana Pertanian Bandar Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, … Read More
  • Durian Malaysia Capai Piawaian Antarabangsa Shabery meninjau Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman. Buah durian negara ini yang dieksport ke luar negara diperakui mencapai piawaian pemasaran antarabangsa yang ditetapkan dan bukannya durian pramatang.… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
1:06 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74653
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan