Tuesday, 2 January 2018
Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu ditutup serta merta kepada pengguna bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Datuk Bandar MBKT, Samiun Salleh berkata laluan tersebut mengalami kerosakan serta bumbung yang jatuh akibat angin kencang dan hujan lebat yang berlaku pagi tadi.
Katanya, dalam pemeriksaan awal yang dilakukan, tiang yang digunakan untuk laluan tersebut tidak dapat menampung struktur sehingga menyebabkan bumbungnya tercabut.
"Ketebalan tiang untuk menampung struktur laluan pejalan kaki yang digunakan sekarang mungkin hanya berketebalan 1.5 milimeter (mm) sahaja.
"Sepatutnya kita gunakan 3 mm baru inya kuat untuk menampung struktur binaan ini berdasarkan angin kencang dan hujan lebat di kawasan ini," katanya.
Beliau ditemui pemberita dalam tinjaunnya di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu, hari ini.
Tambahnya, selepas pemeriksaan dilakukan oleh konsultan yang dilantik, pembinaan semula laluan pejalan kaki berbumbung akan dibina secepat mungkin kerana ianya adalah keperluan rakyat.
Samiun berkata, buat sementara pengguna laluan tersebut dinasihatkan agar tidak melalui laluan tersebut kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.
"Laluan yang runtuh hanya melibatkan jauh sejarak 100 meter sahaja tapi kita bimbang laluan lain sejauh 400 meter terjadi perkara sama.
"Ianya menggunakan spesifikasi yang sama jadi kita takut berlaku lagi. Jadi baik kita tutup dulu kepada pengguna-pengguna awam untuk buat pemeriksaan," katanya.
Kos pembinaan laluan pejalan kaki yang bernilai RM600,000 tersebut merupakan peruntukan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ianya mula dirasmikan pada Januari 2016 melibatkan dua fasa sepanjang 400 meter dari Stesen Bas Kuala Terengganu hingga ke Pasar Besar Kedai Payang melibatkan pelebaran laluan selebar tiga meter dengan kemudahan bagi orang kelainan upaya. - teganukite.net
Related Posts:
Pengundi Harus Bijak Buat Penilaian Ahmad Razif berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pengundi muda, terutama pengundi baharu berdaftar yang bakal mengundi buat kali pertama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tahun … Read More
Kenaikan Gaji Satu KGT Untuk Penjawat Awam Negeri Terengganu Menteri Besar bergambar dengan pemimpin dan sebahagian wanita Barisan Nasional selepas melancarkan JR PLUS Negeri Terengganu dan Jentera PRU14 Wanita Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, … Read More
Mansuh ECRL Merugikan Rakyat Terengganu Mohd Zubir menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menhubung Menyatu @Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini. “Satu perkara bagi saya akan merugikan orang Terengganu ka… Read More
BN Terengganu Mahu Tambah Empat Parlimen, Lapan DUN Baru Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mewujudkan persempadan semula empat Parlimen dan lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini jika memenangi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Pen… Read More
Hotline Mudahsokmo Apabila adik iparnya dengan nada keterujaan memberitahu telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil, sewaktu dia singgah menjenguk mentua di Padang Muar dekat sini, Khalilah Mustafa,… Read More