Tuesday 2 January 2018

Ahmad Razif berserta jemaah lain berdoa memohon kesejahteraan dan keselamatan untuk rakyat serta negeri Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Walaupun tiada tembakan bunga api di Terengganu oleh kerajaan negeri, Sambutan Ambang Tahun Baru 2018 tetap disambut meriah oleh masyarakat di sini.

Pendekatan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ke arah keagamaan memberikan dimensi baharu dalam menyambut tahun baharu di Terengganu.

Dalam program Sambutan Ambang Tahun Baru 2018 yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus tersebut, pelbagai pengisian berbentuk keagaamaan dijalankan.


Bermula jam 9 malam, program dimulakan dengan slot khas bersama wakil Aman Palestin Berhad (Aman Palestin), forum perdana, persembahan nasyid dan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad.

Tepat jam 12 malam, Ahmad Razif disertai pemimpin-pemimpin setempat menyertai solat hajat yang dipimpin oleh Penolong Pesuruhjaya II (Pengurusan Masjid) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Muhammad Ash-Shafie Abd. Manan.

Solat hajat yang turut disertai kalangan pelajar sekolah tersebut adalah bertujuan untuk memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta negeri.


Turut hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.

Dalam majlis yang sama, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan cek bernilai RM500,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin, Hasimah Saleh. - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan