Sunday, 29 July 2018

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menurunkan tandatangan pada plak perasmian sebagai gimik perasmian pembukaan Taman Herba Pasir Raja di Mukim Pasir Raja, Dungun, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim 
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pembukaan Taman Herba Pasir Raja yang dinamakan Pembangunan Kluster Bersepadu Herba (HICD) di Mukim Pasir Raja, Dungun hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az.

Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya; Pengerusi Bioalpha Holdings Berhad, Tan Sri Abdul Rahman Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif ECER, Dato’ Seri Jebasingam Issace John.


Terdahulu Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, pembukaan Taman Herba Pasir raja dibawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) adalah selaras dengan harapan kerajaan untuk merealisasikan potensi permintaan herba tropikal yang tinggi dalam industri farmaseutikal, nutraseutikal dan kosmeseutikal.

“Projek usahasama awam-swasta menerusi Model Syarikat Induk yang diperkenalkan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECERDC) dengan sebuah syarikat pembuatan produk suplimen kesihatan, Bioalpha menawarkan manfaat yang besar kepada rakyat disamping mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Menerusi model ini, pihak kerajaan menyediakan pelaburan dan pembangunan prasarana manakala sektor swasta pula mengusahakan bahagian komersial,” ujarnya ketika berucap di majlis Perasmian Pembukaan Taman Herba Pasir Raja yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Mukim Pasir Raja, Dungun, hari ini.

Katanya, pembukaan HICD juga membawa pelbagai peluang pekerjaan buat komuniti setempat dimana sehingga kini lebih daripada 50 penduduk sekitar diambil bekerja sebagai kerani umum, penjaga tapak semaian, penanam herba dan lain-lain jawatan.


Sementara itu, Abdul Rahman berkata, projek Taman Herba Pasir Raja yang ditanam dengan 20 jenis tanaman herba di atas tanah seluas 1,004 ekar sejak 2015 berjaya melahirkan 32 peladang satelit herba di mukim ini.

“Seluas 260 ekar tanah setakat ini ditanam dengan 20 jenis tanaman herba termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak, Pecah Beling dan Mas Cotek.

"Menerusi projek ini peladang satelit berpeluang menjadi usahawan tani berjaya menerusi sistem bayar balik yang akan memberi pendapatan berpatutan sekaligus membangunkan ekonomi negeri ini," katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • Idea Kreatif Mampu Tingkat Kualiti Pelancongan Ahmad Razif menyambut kedatangan pelancong asing- Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Pengusaha produk pelancongan digesa membantu kerajaan negeri menghasilkan idea-idea yang kreatif untuk meningkatkan kualiti pelan… Read More
  • Terengganu Sambut Tahun Baru Dengan Program Keagamaan Ahmad Razif berserta jemaah lain berdoa memohon kesejahteraan dan keselamatan untuk rakyat serta negeri Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Walaupun tiada tembakan bunga api di Terengganu oleh kerajaan negeri,… Read More
  • Pesakit Jantung Ceria Masuk Tahun Satu Ahmad Razif berbual mesra dengan Muhammad Amirul. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masalah jantung yang kritikal dihadapi Muhammad Amirul Mukmin Nasrulhaq Zamri, tidak menghalang hasrat kanak-kanak itu memasuki Tahun… Read More
  • Penjawat Awam Perlu Laksana Hasrat Kerajaan- Wan Nawawi Setiausaha Kerajaan Negeri menyerahkan dokumen pemotongan gaji kepada Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim untuk Tabung Darul Iman di Majlis Perhimpunan Bulanan di  Wisma Darul Iman Kuala… Read More
  • Rumah Hadiah Tahun Baru Sambutan tahun baru 2018 bagi sepuluh keluarga miskin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, membawa berita menggembirakan apabila mereka bakal menetap di rumah baru di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 19 Jun 2018
3:47 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75722
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan