Sunday, 29 July 2018
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjangkakan perlu mengambil tempoh masa lebih lama untuk menyelesaikan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran tiga tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC), Kemaman baru-baru ini.
Ketua Pengarahnya, Mohammad Hamdan Wahid berkata, tragedi melibatkan kawasan yang luas dan besar antara punca yang menyukarkan pihaknya mengesan bahan bukti bagi mengenal pasti puncanya.
"Kami masih lagi menganalisa punca yang mengambil sedikit masa sebelum kita boleh rumuskan 'finding' dan ia melibatkan siasatan yang rapi.
"Sedikit rumusan yang boleh dibuat, oleh sebab kebakaran ini cukup besar, ia menyukarkan kita mencari bukti-bukti tetapi kita percaya dengan keupayaan yang ada pada Bahagian Siasatan Jabatan Bomba akan mengenal pasti punca dan membuat rumusan laporan eksekutif tentangnya,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang, hari ini.
Mohammad Hamdan berkata, pihaknya akan mengemukakan laporan penuh kepada pihak terlibat termasuk tuntutan insurans sebaik sahaja penyiasatan selesai sepenuhnya.
Tambahnya, pihaknya juga tidak akan berkompromi jika terdapat unsur kecuaian dalam kes terbabit dan tindakan mengikut Akta 341, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 akan diambil.
Di majlis itu, seramai 201 pelatih menyertai latihan kebombaan selama empat bulan setengah di Akademi Kebombaan dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai.
Kumpulan itu akan memulakan perkhidmatan di balai bomba sekitar di Kuala Lumpur dan Selangor bermula 31 Ogos ini. - teganukita.net
Related Posts:
MB UcapTakziah Kepada Keluarga Dua Juruterbang TUDM Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam tragedi yang berlaku di Hutan Paya Chukai, Kemaman, hari ini.Allah… Read More
RM2,000 Setiap Pemuda Bahagian Anjur Jom Singgah Sahur Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu memperuntukkan RM2,000 kepada lapan bahagian bagi melaksanakan 'Jom Singgah Sahur' Pemuda UMNO pada kali ini secara serentak di lokasi terpilih.Ketuanya, Johari Abu Bakar berk… Read More
MB Nikmati Kemeriahan Car Food Sahur Batu Buruk Ahmad Razif bersantai bersama pengunjung Car Food Sahur di Batu Buruk, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Tanpa mengira waktu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turun ke lapangan sebagai meny… Read More
MB Tinjau Kebakaran Di Kampung Tanjung Kebakaran di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, malam tadi turut menarik perhatian Menteri Besar untuk meninjau lebih dekat kejadian sejurus tiba dari majlis bersama masyarakat di Dungun pada sebelah petang.Dato’ Seri Haji… Read More
Felda Agih 3.86 Juta Untuk Peneroka Terengganu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)Wilayah Terengganu memperuntukkan RM3.86 juta untuk diagihkan kepada 4,900 peneroka Felda di Terengganu pada perayaan Aidilfitri tahun ini.Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, … Read More