Sunday 29 July 2018


Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Difahamkan, pertemuan yang memfokus isu royalti minyak itu turut dihadiri Menteri Muda Perundangan, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan pegawai kanan Kerajaan Sarawak.


Ahmad Samsuri berkata, secara khususnya kedua-dua negeri bersetuju dan komited untuk memastikan yang terbaik bagi negeri Terengganu dan Sarawak serta negeri pengeluar minyak dan gas yang lain.

“Pembayaran royalti adalah perlu mengikut perjanjian yang dimeterai, dan kami juga sepakat bahawa ianya adalah royalti dari pengeluaran minyak dan gas, dan bukannya dari keuntungan bersih,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini. - teganukita.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan