Tuesday, 2 January 2018

Ahmad Razif berbual mesra dengan Muhammad Amirul. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Masalah jantung yang kritikal dihadapi Muhammad Amirul Mukmin Nasrulhaq Zamri, tidak menghalang hasrat kanak-kanak itu memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, Kuala Nerus pada sesi persekolahan 2018 yang bermula semalam.

Bagaimanapun menyedari kesulitan dan penyakit yang ditanggung kanak-kanak tabah itu, pengurusan sekolah mengambil langkah awal dengan memberi lebih perhatian kepadanya.

Guru Besar sekolah itu, Aznordin Jahan berkata, guru kelas sudah dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi murid berkenaan supaya pengawasan dan pemantauan diberikan lebih kepadanya.

Katanya, masalah yang dihadapinya menyebabkan murid itu tidak boleh terlalu aktif  bagi mengelak pendarahan  hidung serta telinga sekiranya terjatuh.


"Pihak sekolah akan  memandang serius dan semua guru telah dimaklumkan agar sentiasa memberi perhatian kepada murid ini.

"Kita juga akan pastikan dia dapat belajar dengan selesa dan selamat sepanjang berada di sekolah,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di sekolah itu, pagi semalam 

Katanya, meskipun Muhammad Amirul merupakan murid istimewa pertama yang pernah memasuki sekolah berkenaan, namun ia bukan sesuatu yang membebankan.

"Kita menerima semua murid yang memasuki sekolah ini dengan hati terbuka dan gembira dengan harapan mereka dapat belajar dengan dan sempurna,"katanya.

Muhammad Amirul Mukmin Nasrulhaq antara 163 murid Tahun Satu yang mendaftar di SK Tok Jembal bagi sesi persekolahan tahun ini. - teganukite.net

Related Posts:

  • Pusat Akuatik Dibuka Semula Pertengahan Bulan Ini Ahmad Razif dalam lawatannya ke Pusat Akuatik MBKT, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mula dibuka semula pada pertengahan Janu… Read More
  • Banjir : 64 Sekolah Ditutup Sebanyak 64 sekolah ditutup di seluruh Terengganu sehingga hari ini, berikutan kawasan sekolah yang ditelenggami air dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda negeri ini. Daripada jumlah itu,  sekolah… Read More
  • Tiga Projek Perkedaian MBKT Beroperasi Awal Februari Ahmad Razif memberi penerangan kepada peniaga-peniaga ketika meninjau projek MBKT di sekitar Pusat Bandar Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Tiga projek perkedaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu … Read More
  • Pelancong Asean Teruja Terokai Terengganu Sebahagian dari pelancong yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Kira-kira 3,000 pelancong Asean t… Read More
  • Banjir : Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 11,090 Orang Wan Nawawi bermesra dengan penjawat awam cemerlang selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Penjawat Awam Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli Putra Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan men… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
11:47 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74693
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan