Sunday, 29 July 2018



Terengganu akan meneliti secara keseluruhan mengenai penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri berkata, pihaknya masih kurang jelas dengan maklumat tersebut sama ada pendirian Kerajaan Pusat itu akan menambah atau mengurangkan hasil berbanding kadar yang lazim diterima sebelum ini.

Katanya, apa yang difahami mengenai kenyataan perdana menteri adalah pengeluaran keuntungan bersih bagi Petronas di negeri terlibat. Jadi jika berdasarkan untung bersih, maka tentulah nilainya tidak sama dengan yang dibaca sekarang, iaitu royalti sebanyak lima peratus yang diterima bersamaan RM1.2 bilion.

“Saya rasa kami perlu tengok dulu berapakah jumlah pengeluaran minyak Terengganu dan berapakah hasil yang telah ditolak cukai, kemudian baru dikira 20 peratus daripada itu.

“Nilai itu mungkin kurang daripada RM1.2 bilion atau mungkin lebih. Jadi untuk memberi sokongan atau tidak setuju kami perlu lihat dengan lebih terperinci perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Majlis Makan Malam Dana Maahad Darul Quran (MDQ) sempena Ihtifal Idul Ilmi MDQ 2018 di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang malam tadi.

Semalam, Dr.Mahathir memaklumkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan memenuhi janji menyalurkan 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada empat negeri pengeluar sumber itu.

Menurut Ahmad Samsuri, bagi negeri-negeri yang sebelum ini hanya menerima wang ehsan termasuk Terengganu, kadar royalti sepatutnya dibayar adalah sekurang-kurangnya lima peratus.

Walaubagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju dengan prinsip Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan wang royalti minyak secara terus kepada kerajaan-kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang mentadbir negeri berkenaan.

“Kita komited dengan prinsip itu dan akan menggunakan wang berkenaan untuk rakyat cuma dari segi penjelasan terperinci sama ada lima peratus kedudukan sekarang ini atau 20 peratus daripada untung bersih itu kita akan tengok balik mana yang lebih mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • 20,000 Dijangka Hadir Majlis PM Di Tepoh Seramai 20,000 penduduk negeri ini khusus dari Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nenas, Tepoh oleh Perdana Menteri, pada 15 April ini.Pegawai P… Read More
  • Tonjol Sikap Telus, Bebas Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan negeri dan institusi perkhidmatan awam menonjolkan sikap telus serta bebas daripada  sebarang rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran masing-m… Read More
  • Kekal Keharmonian, Kukuh Perpaduan Tanggungjawab Bersama Mohd Iskandar ketika berucap di Himpunan Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) peringkat negeri di Dataran Pualau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail Semangat perpaduan, persefaham… Read More
  • 50 Sekolah Laksana Program Trenglish Sebanyak 18 buah sekolah ditambah secara berperingkat menjadikan 50 buah sekolah menengah yang terlibat dengan program Trenglish sehingga 2017, berbanding hanya 32 sekolah di awal pelaksanaannya tiga tahun lalu. P… Read More
  • RM2 Juta Untuk Aktiviti Belia Sepanjang 2017 Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan aktiviti dan program untuk anak muda di seluruh Terengganu, sepanjang tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' R… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 26 Jun 2018
9:17 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75820
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan