Sunday, 18 June 2017
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu memperuntukkan RM2,000 kepada lapan bahagian bagi melaksanakan 'Jom Singgah Sahur' Pemuda UMNO pada kali ini secara serentak di lokasi terpilih.
Ketuanya, Johari Abu Bakar berkata, cara pengagihan dan pemilihan lokasi diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian masing-masing bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya serta kejayaan program.
Program Singgah Sahur di bahagian Hulu Terengganu yang turut disertai oleh Johari, bermula pada jam 1 hingga 2 pagi melibatkan beberapa lokasi terpilih seperti Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu (HHT).
Johari berkata, penyerahan makanan sahur itu sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada para anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan HHT yang tidak mengenal masa berkhidmat untuk masyarakat.
“Demi tugas dan tanggungjawab, mereka terpaksa tinggalkan keluarga ketika saat bersahur sebagai satu keluarga dan kunjungan kami sebenarnya bukan sekadar membawa makanan tapi turut berharap ini mampu menceriakan mereka.
“Selain itu, kami juga singgah ke rumah anak yatim pelarian Rohingya di Bandar Kuala Berang yang menempatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang kehilangan ibu bapa mereka,” katanya.
Johari berkata demikian kepada Teganukita ketika ditemui di "Jom Singgah Sahur" Pemuda UMNO Hulu Terengganu semalam.
Tambahnya, paling menarik program ini apabila kehadiran mereka tidak diketahui anak-anak yatim tersebut dan sama-sama mengejutkan anak-anak yatim tersebut untuk menerima juadah bersahur.
"Hening pagi terasa indah apabila melihat senyum tawa anak-anak yatim apabila melihat kehadiran kami membawa makanan dan sedikit sumbangan untuk mereka,"katanya lagi.
Beliau juga berkata, ini merupakan kesempatan terbaik untuk menjalin hubungan rapat serta saling mengenali antara satu sama lain di samping menzahirkan penghargaan terhadap komitmen mereka melaksanakan tugas kepada masyarakat.
Bagi Koperal Mohd Nordin Abd Wahab, ini merupakan kali pertama dia mendapat makanan sahur yang dihantar ke balai sejak bertugas 10 tahun yang lalu.
"Ini adalah program yang terbaik yang pernah saya tengok sepanjang saya bertugas di sini. Sekurang-kurangnya masih ada yang mengingati kami warga polis yang terpaksa bertugas menjaga keselamatan dengan menghantar makanan sahur untuk dinikmati bersama rakan yang lain.
"Saya ucapkan tahniah kepada Johari selaku Ketua Pemuda kerana berjaya membuat satu program yang cukup bermakna, mungkin ianya nampak kecil tapi cukup bermakna kepada kami di balai ini,"kata Nordin lagi. - teganukite.net
Related Posts:
Kesejahteraan Negara Perlu Dijaga- Ahmad Razif Sultan Terengganu berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Kesejahteraan negara sudah tentu tidak akan tercapai sepenuhnya jika aspek kesatuan umma… Read More
MB, Dua Exco Terima Pengiktirafan Bomba Ahmad Razif bersama dua Exco Kerajaan Negeri menerima penganugerahan dari jabatan Bomba. Foto Zulkifli C W Putra Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba Dan … Read More
Sultan Terengganu Minta Maidam Tangani Isu Cabar Kesucian Ajaran Islam Sultan Mizan berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Sultan Terengganu Sultan… Read More
Jangan Tunggu Untuk Berpindah - Hairysam Hairysam bersama anggotanya meminta Saadiah Osman bersiap sedia untuk pindah jika paras air makin naik Jangan jadikan paras air sebagai aras pengukur untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir sebaliknya patuhi arahan s… Read More
Skuad Sukarelawan Perwani Muda Komited Bantu Mangsa Banjir To' Puan Seri Halina dan Roslee bergambar dengan sebahagian wanita yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Jabatan Pembangunan Wanita … Read More