Sunday, 18 June 2017


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam tragedi yang berlaku di Hutan Paya Chukai, Kemaman, hari ini.

Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, yang dilaporkan menjalani latihan menaiki pesawat Hawk 108 ditemui meninggal dunia di Hutan Paya Chukai, Kemaman, Terengganu kira-kira 2.30 petang tadi.

"Takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof.

‘"Semoga kedua-dua Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman kerana mereka adalah pejuang kerana terkorban ketika bertugas untuk negara,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Rakyat Bersama Menteri Besar di Masjid Al- Mustaqim, Pulau Serai, Dungun.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud serta Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.


Ahmad Razif berkata, pengorbanan kedua-duanya sangat besar dalam menjaga keselamatan negara dan disebabkan jasa dan pengorbanan anggota tentera seperti merekalah keadaan negara kita selamat, aman dan harmoni.

"Saya bagi pihak seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua allahyarham dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.

Dalam laporan media sebelum ini memberitahu, mayat Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing.

Dua juruterbang TUDM yang hilang bersama sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 pagi tadi itu ditemui meninggal dunia di Hutan Paya Chukai selepas cuba menyelamatkan diri menggunakan payung terjun kecemasan, bagaimanapun, bangkai pesawat itu belum ditemui setakat petang tadi. - teganukite.net

Related Posts:

  • Rakyat Perlu Buat Pilihan Tepat Ahmad Razif beramah mesra dengan tetamu. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Rakyat Terengganu harus membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi bagi memastikan negeri ini tidak kembali ke zaman “ke… Read More
  • Calon PRU14 Terengganu Lulus Saringan SPRM Menteri Besar menyampaikan hadiah kepada johan Pertandingan Ihtifal Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ah… Read More
  • Kerajaan Negeri Hadiah SSPN1M-i Kepada 1,163 Pelajar Cemerlang Ahmad Razif (tengah) bersama pelajar cemerlang PPSR dan PBSMR 2017 Yayasan Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM581,500 kepada 1,… Read More
  • Polis Siasat Kes Portal Fitnah Mohd Sabri Laporan polis mendesak pihak penguatkuasa mengambil tindakan terhadap penulis berita dan pemilik portal dipercayai milik sebuah parti pembangkang yang menyiarkan berita berunsurkan fitnah. Foto oleh Hasmizi Hamid P… Read More
  • Jangan Silap Langkah Lagi - Ahmad Razif Ahmad Razif mengagihkan bantuan pentadbiran kepada J3K DUN Seberang Takir. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim Rakyat digesa agar mengingati dan menilai semula kerenah pemimpin Pas ketika parti itu memerintah Terengganu se… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:30 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan