Sunday, 18 June 2017
Kebakaran di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, malam tadi turut menarik perhatian Menteri Besar untuk meninjau lebih dekat kejadian sejurus tiba dari majlis bersama masyarakat di Dungun pada sebelah petang.
Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11.30 malam dan melihat kerja memadam kebakaran oleh anggota Bomba.
Pasukan Bomba dari tiga balai berdekatan memulakan operasi pemadaman dari jam 9.45 malam, sejurus menerima laporan kebakaran itu.
Menurut Komander Operasi PgKB 1, Wan Azmi Ahmad, kebakaran melibatkan enam unit kedai dan tujuh buah rumah di deretan yang sama.
Difahamkan, tekanan air yang rendah menyukarkan kerja pemadaman dan Syarikat Air Terengganu (SATU) dikerahkan supaya menambah bekalan air segera ke tempat kejadian.
Ahmad Razif mengucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat, bagaimanapun beliau turut bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau meminta Pegawai Penyelaras DUN Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi untuk mengambil tindakan sewajarnya melihat bantuan yang diperlukan mangsa kejadian.
"Saya menyerahkan kepada Dato' Mohd Sabri bagi mewakili pihak kerajaan negeri melihat keperluan dan apa yang sepatutnya dibantu,"katanya.
- teganukite.net
Related Posts:
Majikan Perlu Jiwai Minat Dan Kecenderungan Kakitangan Wan Nawawi menyampaikaan anugerah kepada Harun pada pada Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Majikan mana-mana jabatan kerajaan di negeri ini sewajarnya m… Read More
Pendaftar SSM Masih Layak BR1M Jika Penuhi Syarat Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan mereka boleh mengemukakan rayuan di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017. Menurut sumber LHDN, pi… Read More
SPR Bersedia Hadapi PRU14 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika kerajaan memilih untuk membubarkan Parlimen pada bila-bila masa sahaja. Pengerusinya, Dato’ Seri Mohd Hashim Abdulla… Read More
Program Jejak Intelektual Dokumentasi Kejayaan Anak Terengganu Ghazali (tengah) bergambar kenangan dengan tetamu kehormat dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia Terengganu sempena pelancaran Rancangan Tokoh Islam Minggu Ini, di Auditorium TerengganuFm, hari ini. Foto oleh Harish Fad… Read More
Mohamad Hafas, Nor Jannah, Johan Tilawah Al- Quran Jannah dan Hafas bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada April ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Mohamad Hafas Ali dari Marang dan Nor Jannah… Read More