Tuesday, 8 May 2018

Ahmad Razif turut sama memotong ayam di sebuah gerai semasa menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim

Pengundi di negeri ini dinasihatkan supaya keluar lebih awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat yang baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu terutama pada waktu petang akan menyebabkan pemilih berdaftar boleh terlepas peluang untuk mengundi.


“Pengundi perlu menunaikan tanggungjawab mereka lima tahun sekali dengan keluar mengundi.

“Seboleh-bolehnya keluarlah mengundi diwaktu pagi dan pastikan keluar mengundi awal kerana cuaca sekarang panas dan kadang kala waktu petang pula hujan kerana kita bimbang keadaan ini akan menyukarkan para pengundi untuk keluar mengundi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jualan Sentuhan Rakyat di Dataran Permata, Seberang Takir, hari ini.


Dalam pada itu Ahmad Razif berkata, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul memandangkan telah 61 tahun mentadbir negara.

“Yakin dan percayalah hanya parti BN sahaja yang mampu melaksanakan sepertimana yang telah kita buktikan selama ini termasuk untuk mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50),” ujarnya. - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14 : Gelombang Kebangkitan Iringi Calon BN Oleh : Ezzuan AhmadProses  penamaan calon bagi P039, Parlimen Dungun berjalan lancar tanpa melibatkan sebarang provokasi dari setiap penyokong parti bertanding.Kesemua penyokong parti mula berarak menuju ke Pejabat Dae… Read More
  • PRU14: Penamaan Calon Kuala Nerus Lancar Proses penamaan calon P035 Kuala Nerus bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, pagi ini berjalan lancar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasukan keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan ra… Read More
  • PRU14 : 10,000 Penyokong BN Mara Ke Stadium Negeri Lautan penyokong BN berarak menuju ke Stadium Negeri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail dan Hasmizi Hamid Suasana sekitar Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hingar bingar dengan sorakan ribuan penyokong daripada tiga pa… Read More
  • PRU14: Calon Di Parlimen Setiu Layak Bertanding Ribuan penyokong BN membanjiri pekarangan Pusat Penamaan Calon Setiu Penamaan calon bagi Parlimen Setiu (P034) berjalan lancar apabila semua calon yang akan bertanding menyerahkan borang di Pusat Penamaan Calon di Pejabat … Read More
  • PRU14 : 'Dato' Jai' Turut Sertai 12,000 Penyokong BN Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari muncul memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P038 Hulu Terengganu, di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Hulu Terengganu, har… Read More

Demi Masa

SABTU, 7 Jun 2018
4:48 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75607
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan