Tuesday, 8 May 2018
Dengan hanya satu hari, satu undi, satu pangkah, mampu mengubah segalanya dalam tempoh lima tahun akan datang...maka golongan anak muda dan pengundi baru perlu mengambil tanggungjawab ini dengan hati yang ikhlas dan jujur, demikian pesanan mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata, golongan itu perlu mengambil tanggungjawab itu pada esok (9 Mei) untuk memilih calon yang terbukti berintegriti, dihormati, telus, amanah dan bekerja keras kerana semua ciri itu menjadi asas kepada kerajaan yang dibentuk nanti.
"Sikap tidak mengambil tidak ambil atau istilah yang lebih sensasinya, sikap suka menjadi 'pemerhati kehormat' semata-mata adalah tidak baik.Ia bukan sahaja merugikan negara, lebih teruk akan merugikan diri sendiri kerana masa depan golongan ini masih panjang.
"Ramai belia pada hari tidak sedar bahawa tanpa penglibatan aktif mereka dalam amalan demokrasi, ia bukan sahaja akan menjadikan pentadbiran negara lesu..malah mengakibatkan sesuatu dasar yang boleh memberi impak yang buruk kepada masa depan mereka sendiri boleh terlepas dan diluluskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Santai Anak Muda Hulu Terengganu Peringkat Dewan Undangan Kuala Berang di Dewan Komuniti Kuala Berang, malam tadi.
Pada majlis tersebut, Jailani turut menyerahkan Dana Bantuan Pentadbiran Belia Cawangan sebanyak RM5,000 daripada kerajaan negeri kepada 26 buah persatuan belia di kawasan tersebut.
Tambahnya lagi, masa depan dan kelangsungan kedaulatan negara, jatuh bangun anak bangsa, pandangan baik atau buruk orang luar kepada kita, semuanya bergantung kepada golongan belia yang menjadi 'tulang belakang' atau 'nadi' sesebuah masyarakat.
"Kesemuanya amat bergantung dan dipengaruhi oleh tahap kecergasan, kebijaksanaan dan daya saing anak-anak muda kerana belia adalah cerminan masa depan sesebuah negara.
"Sebagai bekas Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri yang telah mencurahkan bakti dan khidmat sepanjang lima tahun yang lalu, saya sudah cuba yang terbaik, saya hanya boleh membuka jalan...saya hanya mampu menyediakan kain rentang putih..tetapi anda semualah yang mesti mencorak dan mewarnakannya dengan aspirasi yang betul, dengan semangat yang kuat serta dengan kesungguhan yang ikhlas dengan memastikan BN akan menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini, "ujarnya. - teganukita.net
Related Posts:
PRU14 : Krisis Dalaman Di Kemaman Selesai Penyokong BN bersama sepanduk menzahirkan sokongan kepada calon yang bertanding. Foto oleh Aliffah Hanisfarhana Suhaidi Isu dalaman yang berlaku ketika pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Barisan Nasional (BN)… Read More
PRU14 : 5,000 Berarak Zahir Sokongan Untuk Calon BN Kemaman Lebih 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Kemaman di Bandar Cukai sebelum berarak bersama calon menuju ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).Calon Pas … Read More
PRU14 : Penamaan Calon Di Hulu Terengganu Berlangsung Aman Proses penamaan calon bagi Parlimen Hulu Terengganu berjalan dengan lancar, walaupun selesai selepas empat jam borang pencalonan dihantar kepada petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Pejabat Daerah Hulu Terengganu.Proses… Read More
PRU14: Penamaan Calon Parlimen Marang Penuh Debaran Calon-calon Parlimen dan DUN Marang bergambar setelah selesai penamaan calon. Proses penamaan calon Parlimen Marang (P037) berlangsung penuh debaran berikutan semua calon dan penyokong terpaksa menunggu sehingga hamp… Read More
PRU14 : Wanita UMNO Dungun Nekad Serang Habisan Oleh : Ezzuan AhmadPergerakan Wanita UMNO Dungun akan melancarkan perang habis-habisan ke setiap pelusuk Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi bertemu pengundi sepanjang tempoh berkempen.Ketuanya, Datuk Zainun Abu Bakar berkata … Read More