Sunday, 29 April 2018

Ribuan penyokong BN membanjiri pekarangan Pusat Penamaan Calon Setiu

Penamaan calon bagi Parlimen Setiu (P034) berjalan lancar apabila semua calon yang akan bertanding menyerahkan borang di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Setiu bermula jam 9.00 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Setiu, Rosdi Awang  mengumumkan kesemua calon layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi (N05), Permaisuri (N06), Langkap (N07) dan Batu Rakit (N08) kira-kira jam 11.45 pagi.



Parlimen Setiu dan empat DUN menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara Barisan Nasional, Pas dan PKR.

Bagi calon BN Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee, menyerahkan borang pencalonan jam 9.03 pagi.

Manakala calon PKR, Datuk Dr. Mohd Faudzi Musa selesai jam 9.14 pagi, Shaharizukirnain Abd. Kadir pula selesai menyerahkan borang pencalonan jam 9.30 pagi.


Calon BN DUN Jabi pula, Mohd. Iskandar Jaafar selesai menyerahkan borang percalonan tepat jam 9.04 pagi, diikut calon Pas, Dr. Azman Ibrahim pada jam 9.40 pagi manakala calon PKR, Abd. Aziz Abas jam 9.16 pagi

Sementara calon BN DUN Permaisuri, Dato' Abd. Halim Jusoh menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi, calon PKR Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) dan Zul Bhari A. Rahman dari Pas masing-masing jam 9.16 dan 9.30.


Bagi calon BN DUN Langkap, Dato’ Sabri MohdNoor, menyerahkan borang pencalonan seawal jam 9.03 pagi manakala Azmi Maarof dari Pas pada jam 9.23 pagi serta diikuti calon PKR, Mustaffa Abdullah pada jam 9.12 pagi.

Calon BN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman (9.03 pagi) pula akan ditentang calon Pas, Mohd. Shafizi Ismail (9.25 pagi) dan PKR, Amir Long jam 9.15 pagi.

Sebelum kira-kira 4,000 penyokong calon BN hadir seawal jam 7.30 pagi untuk memberi sokongan kepada calon mereka. - teganukita.net

Related Posts:

  • Tuduhan Pembangkang Tidak Berasas- Ahmad Razif Ahmad Razif melayan pelanggan pada Program  Jualan Sentuhan Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengatak… Read More
  • PRU14 : PPBM Umum Calon Di Tiga Parlimen, Lapan DUN Razali (lima dari kanan) bersama calon-calon PPBM yang akan bertanding pada PRU14 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu mempertaruhkan pengerusinya, Dato' Razali Idris, 52, sebagai calon Parlimen Hulu Terengganu… Read More
  • PRU14 : Wan Nawawi Sedia Bertanding Wan Nawawi ketika menjawab soalan Teganukita selepas berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Wisma Darul Iman, pagi ini. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato… Read More
  • PRU14 : Ketua Keselamatan PPBM Besut Keluar Parti Jentera Keselamatan Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Besut lumpuh apabila Ketua Keselamatan parti itu, Hashim Che Hassan, 50, bertindak keluar parti itu, malam tadi.Hashim membuat pengistiharan keluar pa… Read More
  • PRU14 : Manifesto BN Penuhi Kehendak Rakyat Johari Berita dan gambar oleh : Ezzuan AhmadManifesto tambahan yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, baru-baru ini dilihat sebagai satu manifesto yang mam… Read More

Demi Masa

SABTU, 15 Mac 2018
12:36 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74653
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan