Sunday, 29 April 2018
Proses penamaan calon P035 Kuala Nerus bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, pagi ini berjalan lancar.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasukan keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
"Perjalanan untuk proses penamaan calon pada pagi ini berjalan lancar.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pegawai pengurus dan juga anggota SPR pada pagi ini yang dapat melaksanakan proses penamaan calon dengan lancar.
"Malah, pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan dengan begitu baik sekali dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan kepada wakil SPR di Kompleks Majlis Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.
Ahmad Razif yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Seberang Takir turut berterima kasih kepada kesemua penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kawasan itu yang berpolitik secara matang.
"Saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong parti BN, Pas dan Pakatan Harapan kerana semua penyokong tidak agresif dan mereka berpolitik secara matang.
"Ini menampakkan pembaharuan dan proses demokrasi yang terpimpin dan begitu baik sekali," ujarnya.
Katanya, persiapan rapi yang telah dibuat oleh pasukan keselamatan dan SPR telah membolehkan kesemua calon membuat proses penamaan calon dengan aman dan penyokong juga terkawal.
"Saya berharap proses sebegini (keadaan aman) akan berterusan sampai ke hari pengundian pada 9 Mei ini," ujarnya.
Ahmad Razif bersama empat lagi calon BN Kuala Nerus menyerahkan borang pencalonan kepada wakil Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) kira-kira 9.05 pagi. - teganukita.net
Related Posts:
Solidariti Semua Kaum Faktor Kemenangan BN PRU14 - Ahmad Razif Menteri Besar (baju hitam, tengah) bergambar bersama pemimpin dan pegawai kerajaan di Kemaman serta 430 penerima angpau di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran 23 NGO kaum Cina Parlimen Kemaman di Dewan Komuniti Cina, B… Read More
Paya Bunga Hotel Terengganu, Bakal Tawar Harga Serendah RM179 Paya Bunga Hotel Terengganu, hotel terbaru yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu dengan tagline “Where Business Meets Leisure”, menawarkan kemudahan eksklusif kepada tetamu-tetamu dari segenap lapisa… Read More
Tiada Permit Niaga Untuk Warga Asing Sebahagian petugas media bersama pegawai dan kakitangan MBKT yang memeriahkan Majlis Datuk Bandar Bersama Media di Kelab Eksklusif MBKT Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Majli… Read More
STPM 2017: Anak Pemandu Van Antara Pelajar Terbaik "Mengulang kaji secara konsisten serta dorongan ibu bapa merupakan kunci kejayaan saya memperoleh keputusan ini,” kata Nur Hidayu Ahmad dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengg… Read More
Golden Pharos Berhad Urus Hutan Kekal Simpan Kerajaan negeri memberikan kepercayaan kepada Golden Pharos Berhad (GPB) untuk menguruskan konsesi pembalakan di Terenggganu bagi memastikan hasil kekayaaan sumber semulajadi hutan dapat dimanfaatkan untuk kepentinga… Read More