Sunday, 29 April 2018
Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari muncul memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P038 Hulu Terengganu, di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Hulu Terengganu, hari ini.
Kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang sebelum ini penyandang Parlimen Hulu Terengganu itu mengejutkan ramai pihak yang turut teruja untuk bersama-sama menyokong calon BN.
Sebelum ini juga, pelbagai spekulasi tersebar mengenai beliau sejak hari pengumuman calon pada 22 April lalu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil pada 1999 sehingga 2013, Dato' Rosol Wahid dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Hulu Terengganu menggantikan beliau.
Rata-rata orang ramai menyifatnya sebagai pemimpin yang berjiwa besar yang akan terus membantu BN walaupun tidak dicalonkan pada PRU14 dengan hadir pada kali ini.
Perarakan calon-calon bermula jam 7.30 pagi dengan berkumpul di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu dan mula bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi hampir 12,000 penyokong BN. - teganukita.net
Related Posts:
PRU 14: Masyarakat Cina Perlu Sokong BN Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat termasuk kaum Cina di negeri ini perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi … Read More
PRU14 : Sengketa Itu Biasa, Tidak Jejas Parti Idris Oleh: Ezzuan AhmadProtes yang berlaku pada segelintir ahli UMNO pada pengumuman calon untuk bertanding dalam pilihan raya adalah perkara kecil dan biasa berlaku di mana-mana.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Idr… Read More
PRU14 : Ambil Semangat Gelombang Biru Oleh : Ezzuan AhmadRakyat diminta membuat pemilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengekalkan kemakmuran serta pembangunan yang dikecapi sekarang.Calon BN Parlimen Dungun, Dato' Din Adam berkat… Read More
PRU14 : Pembangkang Hanya Tabur Janji Kosong Oleh : Ezzuan AhmadPembangkang dilihat tidak membawa sebarang pembangunan dan hanya pandai menabur janji-janji kosong setiap kali tibanya pilihan raya.Calon Barisan Nasional (BN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, … Read More
PRU14 : Mohamed Nafi Dakwaan Sabotaj Parti Mohamed ketika menjelaskan isu mengenai dakwaan terhadap beliau kepada media. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Calon Barisan Nasional (BN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tampil untuk membersihkan namanya yang did… Read More