Monday, 30 April 2018

Isu perumahan kepada golongan kurang berkemampuan akan menjadi agenda utama BN


Oleh: Ezzuan Ahmad

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, Wan Zaulkifli Wan Gati, akan memberikan tumpuan bagi memenuhi kehendak rakyat untuk memiliki kediaman sendiri sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat nanti.

Menurut Wan Zaulkifli, isu memiliki rumah kediaman sendiri adalah menjadi masalah utama bagi penduduk berpendapatan rendah dan golongan pertengahan.


"Isu ini memang sudah menjadi satu perkara yang sudah lama disuarakan oleh rakyat di mana dengan harga rumah yang meningkat dan syarat ketat dari bank menyukarkan mereka untuk memiliki rumah sendiri.

"Walaupun banyak projek perumahan sudah dilakukan oleh kerajaan namun isu sebegini masih lagi menjadi isu yang utama pada masa sekarang," katanya.

Menurutnya, kerajaan sudah banyak membantu rakyat dalam menangani isu ini dengan menyediakan Perumahan Mampu Milik (RMM), Projek Perumahan 1Malaysia (PRIMA) dan banyak lagi.

Tambah beliau, kerajaan tetap akan terus berusaha membantu rakyat dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi .

"Kerajaan sekarang sudah terbukti sebagai sebuah kerajaa  n yang prihatin dan ianya dapat dilihat dalam menifesto BN yang sudah dilaksanakan sebelum ini," katanya.

Apabila ditanya peluang untuk memenangi kerusi DUN itu, beliau berkata BN mempunyai peluang untuk merampas kerusi yang dipegang oleh Pas sebelum ini.

Keyakinan itu menurut beliau bersandarkan kepada maklumbalas penduduk yang mahukan perubahan dan kemajuan di kawasan mereka.

"Pas tidak melakukan apa-apa pembangunan di kawasan ini dan semua pembangunan yang ada sekarang ialah hasil usaha BN yang membantu rakyat meskipun di kawasan pembangkang," katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14 : Pusat Hemodialisis Di Alur Limbat Bukti Kerajaan BN Cakna Saiful Bahri berusaha keras mewujudkan Pusat Hemodialisis Rakyat untuk meringankan bebanan pesakit mendapat rawatan di pusat kesihatan berhampiran. Pusat Hemodialisis rakyat di Alur Limbat, Parlimen Marang siap dibina s… Read More
  • PRU14: Pengundi Di Tepoh Perlu Bijak Menilai Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh sewajarnya menilai kembali perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan sepanjang pemimpin pembangkang mengambil alih kawasan itu selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)… Read More
  • PRU14 : Dulu Haram, Kini Halal... Semua calon PRU14 Parlimen Besut bergambar kenangan selepas penamaan calon Sabtu lalu. Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, calon pembangkang terutama Pas di Besut sanggup melakukan apa sahaj… Read More
  • PRU14 : Ir Rosli Hormati Lawan Rosli Oleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Kemasik, Ir Rosli Othman tidak akan memandang rendah keupayaan  lawannya dalam pilihan raya kali ini.Menurutnya, pertandingan tiga penjuru pada kali ini dianggap sa… Read More
  • RU14 : Sentuhan Blok Felda Bukti Peneroka Sepakat Oleh : Ezzuan AhmadPeneroka Felda harus mengingati kembali perit jerih mereka dalam membangunkan Felda sehingga dikenali sehingga ke mata dunia.Calon BN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, kejayaan Felda pada masa s… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 14 Mac 2018
10:51 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74647
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan