Sunday, 29 April 2018


Pertembungan calon bersaudara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Besut (P033) menarik perhatian pengundi khususnya penyokong parti yang bertanding.


Calon Barisan Nasional (BN)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bakal berdepan sepupunya, mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Che Ku Hashim Che Ku Mat.


Manakala calon Parlimen Besut, Dato' Seri Idris Jusoh (BN)  akan bertemu dua sepupunya, Dato' Ir Wan Nazri Wan Jusoh (PKR).

Bagi calon PKR DUN Jertih, Dato' Dr Kamaruzzaman Wan Su pula adalah dua sepupu kepada Tengku Roslan Tengku Othman juga dari PKR yang bertanding bagi merebut kerusi DUN Kota Putera.


Bagi Tengku Zaihan, pertembungan kekeluargaan itu adalah satu fenomena yang baru berlaku dalam Parlimen Besut sekaligus menjadikan pilihan raya ke 14 ini sejarah bagi parlimen berkenaan.

"Malah, calon PKR yang bertanding bagi kerusi Parlimen Besut itu adalah ketua saya ketika bertugas di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2013," katanya.

Menurut Tengku Zaihan, dia tidak berasa  janggal untuk berdepan dengan sepupunya, kerana sangat mengenali Che Ku Hashim.

"Kami hanya berlainan fahaman politik tetapi dalam keluarga kami tidak ada masalah malah hubungan kekeluargaan kami sangat rapat," katanya yang ditemui selepas penamaan calon di Besut, hari ini.

Menurut Tengku Zaihan, dia yakin kehadiran sepupu yang dianggap sebagai abang pada PRU14 ini tidak memberi kesan dan yakin mampu menang bagi mengekalkan kerusi yang disandangnya sejak memenangi PRK 2013 lalu.

Tambahnya, sokongan kuat daripada keluarga Che Ku Hashim memberi lebih keyakinan kepada beliau untuk mengekalkan kerusi berkenaan.

"Sebenarnya dia sudah lama cenderung dalam politik iaitu sejak tahun 1985 lagi. Ketika itu dia adalah ahli BN dan mengambil keputusan keluar parti bagi menyertai Pas pada tahun.

"Kecewa dengan perjuangan Pas selepas kematian Presiden Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, dia membuat keputusan meninggalkan parti itu dan menumpukan perhatian terhadap kerjayanya sebagai seorang doktor dan memiliki klinik sendiri di Pasir Putih, Kelantan," katanya. - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14 : Manifesto BN Besut Tawar Lapan Bidang Utama Barisan Nasional (BN) Besut  menawarkan lapan bidang utama menerusi manifesto Parlimen Besut bagi memberi kesejahteraan kepada penduduk daerah itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Pengarah Pilihan Raya BN Besut, N… Read More
  • PRU14 : Gandingan Dua `Z' Calon Serikandi BN Zaitun bersama anak-anak yang hadir memberi sokongan pada hari pengumuman calon Barisan Nasional, di Kediaman Seri Iman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu memahat sejarah apabila pert… Read More
  • PRU14 : BN Mampu Tawan Parlimen Dungun Din Barisan Nasional (BN) menzahirkan keyakinan mampu merampas kembali kerusi P039, Parlimen Dungun dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Calon bagi kerusi tersebut, Dato' Din Adam berkata, keper… Read More
  • PRU14 : Ketua Keselamatan PPBM Besut Keluar Parti Jentera Keselamatan Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Besut lumpuh apabila Ketua Keselamatan parti itu, Hashim Che Hassan, 50, bertindak keluar parti itu, malam tadi.Hashim membuat pengistiharan keluar pa… Read More
  • PRU14 : BN Terengganu Tampil Calon Boleh Menang Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di  lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pil… Read More

Demi Masa

SELASA, 24 Jun 2018
5:21 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75796
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan