Sunday, 29 April 2018

Calon-calon Parlimen dan DUN Marang bergambar setelah selesai penamaan calon.
Proses penamaan calon Parlimen Marang (P037) berlangsung penuh debaran berikutan semua calon dan penyokong terpaksa menunggu sehingga hampir jam 1 petang sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Marang, Mat Azmi Arshad mengesahkan semua calon layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Seawal jam 8 pagi proses penamaan calon berjalan lancar apabila kesemua calon berarak diiringi penyokong ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Marang, pagi ini.

Calon PKR Mohd Dalizan Abd Aziz (Bukit Payung), Aidi Ahmad (Pengkalan Berangan) dan Azri Alias (Alur Limbat) diketuai Dr. Zarawi Sulong (Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang) hadir seawal jam 8.30 pagi di pusat penamaan.

Manakala, calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Nor Endut hadir (Parlimen Marang) bersama To' Puan Zaitun Mat Amin (Bukit Payung), Dato' Saifuddin Bahri Baharuddin (Alur Limbat), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang) dan A. Latiff Awang (Pengkalan Berangan) memasuki pusat penamaan pada jam 8.55 pagi.

Calon Pas Ariffin Deraman (Alur Limbat), Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung), Sulaiman Sulong (Pengkalan Berangan) dan Profesor Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Rhu Rendang) yang diketuai Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang (Parlimen Marang) pula tiba jam 9.05 pagi.

Kesemua calon menyerahkan borang pencalonan sebaik pusat penamaan calon dibuka dan berakhir jam 10 pagi.

Mat Azmi Arshad mengumumkan kesemua calon-calon diterima bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke- 14 menyaksikan parlimen Marang dan kesemua empat DUN iaitu Alur Limbat , Bukit Payung, Pengkalan Berangan dan Rhu Rendang menghadapi saingan tiga penjuru antara Barisan Nasional, Parti Islam SeMalaysia (Pas) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Calon Parlimen Marang (P037) dari kiri Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Dr. Zawawi Sulong dan Mohamad Nor Endut.

Related Posts:

  • Jejambat Bukit Tumbuh Lancarkan Lalu Lintas Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis Pelepasan Trafik Jejambat Di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, baru-baru ini. Dakwaan pembangkang  yang  menyatakan pembinaan jejambat Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu yang beropera… Read More
  • Puteri UMNO Hulu Terengganu Sedia Bertempur Menangkan BN Rozita Jentera gerak gempur pilihan raya UMNO sudah mula bergerak secara berperingkat-peringkat  di seluruh negara sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus memenangkan Barisan N… Read More
  • UMNO Terengganu Beri Tumpuan Khusus Empat Parlimen Ahmad Razif bersama pucuk pimpinan UMNO Dungun dalam Himpunan Semarak Kasih di SMK Bukit Besi, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Empat parlimen bakal diberi tumpuan khusus supaya kerusi-kerusi di Dewan… Read More
  • BN Terengganu Jangka Menang Besar Wan Abdul Hakim UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi mempertahankan dan mengukuhkan lagi kerajaan sedia ada.  Ketua Penerangan UMNO negeri, W… Read More
  • Kemaman Kekal Jadi Kubu UMNO Ribut dalam cawan yang melanda Kemaman, Terengganu beberapa tahun yang lepas cuba diambil kesempatan oleh beberapa pihak. Mungkin mereka lupa bahawa ribut dalam cawan tersebut telah menjadikan air tersebut semakin mesra d… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 27 Jun 2018
5:09 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75824
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan