Sunday, 29 April 2018


Lebih 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul di perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Kemaman di Bandar Cukai sebelum berarak bersama calon menuju ke pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Calon Pas pula diiringi hampir 4,000 penyokong  bergerak dari Persimpangan Mak Cili, manakala calon PKR bersama kira-kira 300 penyokong turut berarak dari kawasan berhampiran Masjid Sultan Ahmad melalui Jalan Sentosa menghala ke MPK.


Kesemua penyokong terbabit bergerak mengikut laluan berbeza bermula jam 8 pagi dan tiba di perkarangan bangunan MPK di Jalan Air Putih,  kira-kira jam 9 pagi.

Semua 15 calon yang bertanding mula memasuki Dewan Berlian MPK untuk memulakan proses penyerahan borang pencalonan dan penamaan calon.

Lima calon BN terdiri daripada Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek (Parlimen Kemaman), Dato’ Seri Ahmad Said (DUN Kijal), Dato’  Mohamad Awang Tera (Chukai), Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) dan Ir. Rosli Othman  (Kemasek).

Calon Pas pula terdiri daripada Che Alias Hamid (Parlimen Kemaman), Ir. Saiful Azmi Suhaili (Kemasek), Hazri Jusoh (Kijal), Hanafiah Mat (Chukai) dan Ab. Razak Ibrahim (Air Putih)

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, Dato’ Wan Marzuki Wan Sembok (Kijal), Ir. Rizan Ali  (Kemasek), Husain Safri Muhammad (Chukai), Mohd. Zukri Aksah (Air Putih) dan Mohd Huzaifah Md. Suhaimi (Parlimen Kemaman).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Zahari Mohd Azahar membuat pengumuman secara rasmi kesemua calon PRU14 yang mewakili parti masing-masing di parlimen itu layak bertanding tanpa sebarang bantahan. - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14: Biarlah Qada Dan Qadar Yang Menentukan-Rozi Tersenarai atau tidak sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak menjadi satu persoalan dan saya berserah kepada qada dan qadar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat.Beliau yang ju… Read More
  • PRU14: Setiu Janji 5-0 Mohd Jidin memalu gong sebagai gimik merasmikan program UMNO Bahagian Setiu berikrar untuk menghadiahkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke- 14 yang akan … Read More
  • Tindakan Ironik Pakatan Harapan Guna Logo PKR Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggap sebagai satu tindakan yang cukup ‘ironik’ dan mengejutkan semua pihak.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato… Read More
  • Kerajaan BN Tepati Janji, Tiada Rakyat Terpinggir Kenyataan Rasmi YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman sempena pelancaran Manifesto Barisan Nasional Pilihan Raya Umum Ke -14 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (7 April 2018)Manif… Read More
  • PRU14 : Sokong Siapa Sahaja MB Selepas Ini Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berikrar akan terus memberi sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi menteri besar selepas Barisan Nasional (BN) berkuasa semula di negeri itu selepas… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
3:31 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan