Tuesday, 19 September 2017


Kerajaan negeri  melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meneruskan program Perkahwinan Perdana yang dirintis tahun lalu dengan 271 pasangan melangsungkan perkahwinan secara serentak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Berdasarkan jumlah itu, Dungun mencatatkan bilangan paling ramai iaitu 48 pasangan, diiikuti Kemaman  (42 pasangan),  Marang  (39 pasangan) , Kuala Nerus (36 pasangan), Kuala Terengganu (34 pasangan), Setiu (25 pasangan), Besut ( 24 pasangan ) dan Hulu Terengganu  pula 23 pasangan pengantin.


Program bertujuan  meringankan beban pasangan dan keluarga mereka di samping mempermudahkan urusan melangkah ke fasa baharu kehidupan itu dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR)

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program itu adalah cadangan daripada rakyat, disampaikan kepada kerajaan negeri  melalui bengkel Belanjawan atau “Lab Bajet.


Katanya,  tahun lalu, seramai 217 pasangan telah diraikan, manakala pada hari ini, YPKT berjaya menambah bilangan pasangan kepada 271 pasangan di seluruh Terengganu.

“Ini adalah sebahagian kecil daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban di kalangan rakyat akibat peningkatan kos sara hidup,”katanya ketika berucap pada majlis itu.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.


Roslee berkata , inisiatif itu dapat membantu lebih ramai pasangan yang kurang berkemampuan mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos perkahwinan yang semakin meningkat.

“Pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menaikkan peringkat umur pemohon kepada 18 tahun hingga 35 tahun berbanding 30 tahun pada tahun lepas.


"Begitu juga dengan pendapatan pasangan dikurangkan kepada RM3,000 berbanding RM3,500 manakala pendapatan ibu bapa pemohon dikekalkan RM5,000 kebawah,”katanya.

Selain majlis perkahwinan mereka di taja, pasangan juga akan turut menikmati pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuk Pakej Bulan Madu dalam usaha membimbing mereka mencorak keluarga bahagia. - teganukite.net

Related Posts:

  • YDSM, MSO Anjur Program Hari Penglihatan Sedunia 2017 Mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Eloklah kita menjaganya dengan sehabis baik bagi memastikan penglihatan mata kita terpelihara hingga akhir hayat, agar dapat kita melihat wajah orang-orang tersayang, meli… Read More
  • Bot Penambang Makin Cantik, Jadi Tarikan Penumpang Beberapa pemilik bot penambang Seberang Takir, Kuala Nerus yang mendapat peruntukan membaik pulih bot berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana bantuan itu membolehkan mereka memulih dan menambah baik pengangkutan ai… Read More
  • 555 Graduan Dirai Sempena Konvokesyen TATiUC Seramai 555 graduan Kolej Universiti Tati (TATiUC) menerima diploma dan ijazah masing-masing di Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor TATiUC, Kemaman, hari ini. Majlis yang diadakan bersama dengan Sambutan 10 tahun TATiUC &… Read More
  • MBKT Serius Tangani Isu Kerja-kerja menebang pokok jenis 'khaya' di Mengabang Lekar, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim. Kerja-kerja menebang pokok yang berisiko dan boleh membahayakan pengguna jalan raya mula diberi perhatian… Read More
  • Pesona Tasik Kenyir Dato' Muda (lima dari kanan) bersama sebahagian peserta lawatan kerja ke Tasik Kenyir, baru-baru ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengambil inisiatif menganjurkan lawat… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 20 Jun 2018
7:15 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75735
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan