Para pemenang bagi Majlis Anugerah Media Kreatif TTB bersama Dato' Zubir di Wisma Darul Iman. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
Pengamal media diharapkan membawa khabar yang baik, membina semangat, memberi inspirasi, menyatukan sekali gus mendorong rakyat untuk mencatat lebih banyak kejayaan.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pada zaman ini, hampir semua orang di dunia mahir dan seronok menggunakan mata pena melalui media sosial. Katanya, pembangkang boleh bercerita apa sahaja selain mereka sebarang cerita seperti kerajaan membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Kita (media) harus lawan dan nafikan sebarang fitnah dengan menyerang balas tetapi sekiranya kita mahukan sokongan yang lebih positif dan berkekalan, kita harus serang dengan menceritakan perkara yang baik dengan emosi lebih mendalam, bukan semata–mata kenyataan kaku tanpa sebarang makna.
"Kita juga sebenarnya telah mencapai banyak cerita-cerita kejayaan. Cerita-cerita begini adalah sangat baik untuk sama-sama kita kongsikan dengan rakyat. Ini kerana, cerita-cerita kejayaan ini adalah datangnya dari rakyat Terengganu sendiri," katanya. Teks ucapan beliau disampaikan oleh yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dalam Majlis Anugerah Karyawan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Unit Transformasi Terengganu Baharu (UTTB), Che Mansor Che Kerma.
Dalam majlis anjuran UTTB dengan kerjasama Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman tersebut, pelancaran lagu 'Tranung Molek Doh' turut diadakan hasil ciptaan Ahmad Razif sendiri. Selain itu, majlis tersebut turut meraikan pengamal-pengamal media yang bertungkus lumus menyajikan maklumat kepada orang awam.
Empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Berita dan Rencana, Kategori Online Terbaik, Kategori Video dan Kategori Foto.
Bagi Kategori Berita dan Rencana, Rosli Zakaria dari New Straits Times muncul johan manakala Kategori Online Terbaik, menjadi milik wartawan Berita Harian, Baharom Che Bakar untuk dinobatkan sebagai johan. Paparan Lokan Kampung Laut oleh Yusof Sobri Awang dan Taufik Adnan dari RTM pula muncul sebagai juara bagi Kategori Video, sementara jurufoto dari Unit Komunikasi Negeri, Harish Fadzillah Abu Kasim memenangi hadiah utama bagi Kategori Foto. Pemenang utama bagi setiap kategori tersebut membawa pulang plak, sijil dan wang tunai. - teganukite.net |
Sunday, 3 December 2017
Related Posts:
Pemohon Dana Raya Yang Tercicir Masih Boleh Membuat Rayuan Ahmad razif bersalaman dengan tetamu ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Baru Tok Dor, Jabi, kelmarin. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim Rakyat Terengganu yang tercicir dalam senarai penerima bantuan Da… Read More
Anak Terengganu Di Kuala Lumpur Terima Dana Raya, TOM Di Majlis Berbuka Puasa 10 Jun Ini Peruntukan RM88.7 juta Dana Raya bakal diagihkan kepada kira-kira 230,000 rakyat Terengganu termasuk yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang sempena Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimp… Read More
Anak Yatim Hulu Terengganu Ceria Terima Baju Raya Muhammad Akif Irfan Mohd. Syawal, bersama Ibunya Anisha Jusoh dan Adiknya Muhammad Aqil Isyraf. Kemeriahan Ramadan dan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri setiap tahun bagi anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa ata… Read More
Imarah Ramadan Dengan Tadarus Al-Quran Ahmad Razif ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Tadarus al-Quran (Wanita) Anjuran LKPIM Kuala Nerus di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim Kira-kira 300 warga Lembaga Keb… Read More
Promosi Bazar Ramadan Kepada Pelancong Asing Bazar Ramadan antara pusat jualan pelbagai makanan tradisional yang wajar dipromosikan kepada pelancong dalam dan luar negara sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Mutimedia Dan T… Read More