Wednesday, 20 September 2017


Kerajaan negeri dengan kerjasama Malaysia Armed Forces Parachute Association (MAFPA) serta Malaysia Parachute Association (MYPA) bakal menganjurkan Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (3rdTerengganu Challenge 2017) yang akan berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bermula 22 hingga 30 September ini.

Sekretariat program, Kapten Amar Abd Aziz berkata, penganjuran melibatkan beberapa kategori itu turut disertai negara luar termasuk pasukan-pasukan tentera.

“Seramai 250 peserta yang terdiri daripada anggota Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut Malaysia termasuk 40 peserta daripada Bahrain, China dan Indonesia.

“Pada kejohanan kali ini, empat kategori dipertandingkan iaiatu ‘Accuracy Sport’, ‘Accuracy Military’, ‘Formation Skydiving’ dan ‘Canopy Formation Skydiving’ dengan menawarkan anggaran hadiah keseluruhan berjumlah USD10,000,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (3rd Terengganu Challenge 2017) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Amar berkata, selain daripada memperkenalkan sukan payung terjun di kalangan rakyat setempat, ia juga dijadikan sebagai salah satu platform memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan.

Tambahnya, pelbagai acara sampingan turut dijalankan bagi menarik orang ramai dan peminat sukan ekstrim itu sepanjang kejohanan di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu nanti.

“Pada 22 dan 23 September, kami mengadakan pertunjukan tempur tanpa senjata manakala pada 28 dan 29 September pula diadakan kawad senyap oleh pasukan tentera.

“Selain itu, kami turut mengadakan pameran statik aset Tentera Darat, pameran kerjaya bersama Angkatan Tentera Malaysia serta sesi pengambilan perajurit muda Tentera Udara,” katanya.

Dalam pada itu, Amar berharap agar orang ramai dapat meluangkan masa mengunjungi tapak kejohanan untuk menyaksikan sendiri kelainan serta kejutan yang bakal dipertontonkan nanti. - teganukite.net

Related Posts:

  • Mac Diisytihar Sebagai Beautiful Of Sports Rozi Mamat sempat bersama dengan kakitangan Wisma Darul Iman untuk menyatakan sokongan penuh kepada  pasukan TSG pada kain rentang dalam LTdL yang akan berlangsung tidak lama lagi. Foto oleh Zulkifli Putra. Ke… Read More
  • Terengganu Bakal Perkenal Akademi Road To Olimpik Kerajaan negeri  akan melancarkan 'Akademi Road To Olimpik' bagi membantu atlet-atlet yang terdiri daripada anak-anak Terengganu yang berpotensi ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.'Akademi Road To  Olimpik' ini akan dil… Read More
  • T-Team Kian Menjadi Farhod yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Impian T-Team untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri menentang PKNS musnah apabila terikat … Read More
  • TSG Sasar Juara Peringkat Pertama LTdL Esok Anuar Manan yang mewakili TSG bakal memulakan perlumbaan LTdL bermula esok di Kuala Berang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk memenangi persaingan peringka… Read More
  • TSG Terima Tajaan RM6.9 Juta Zainal menyerahkan sumbangan bernilai RM1.1 juta dari kerajaan negeri kepada Farhan bagi menguruskan pasukan tersebut sepanjang musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menerima t… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 27 Jun 2018
6:35 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

undefined
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan